Sup Ayam ala Hadnyai, beza memang berbeza

Of course la tak banyak sikit pasti ada kelainan dari sup ayam biasa. Mungkin faktor ada penggunaan serai dan cili padi tu kot. Kebiasaannya kalau saya masak sup ayam memang tak letak serai apatah lagi cili padi.

Kalau korang letak tak serai atau cili padi dalam sup ayam?


Untuk sup ayam versi ala-ala hatnyai saya ni dah macam terover minyak menumis la pulak kan. Nampak berminyak sedikit kan..sedikit je la. Janji tak mempengaruhi rasa sup tu.

Kebiasaannya kalau buat sup ayam memang saya tak guna banyak bahan . Even rempah pun setakat guna rempah basic je, rempah 4 sekawan. Kiranya ni la first time buat sup yang memerlukan banyak bahan camni.

Sup Hadnyai
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN - BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja......


Nota Jejari : hadnyai ke had yai ke hat yai ke hatnyai ejaannya  eik?????

Comments

Popular Posts