Adakah Ini Yang Terbaik?

Anamarza
0
Salam dan Hai semua !

Kali ini, nak berkongsi dengan korang tentang sebuah buku yang mungkin boleh memberi cahaya kepada kehidupan kita - iaitu buku "Adakah Ini Yang Terbaik?" tulisan Nazrin Nashir. 



Buku ini membincangkan mengenai seni berinteraksi dengan Tuhan melalui proses istikharah sebelum membuat keputusan.

Pernah tak korang rasa kebingungan masa nak membuat keputusan? 

"Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je," atau "Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?" 



Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan ribuan pilihan, samada kecil atau besar. Bilamana kita terpaksa berhadapan dengan pilihan yang agak berat, dan ketika itu juga terasa masa bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta. Semua ikhtiar kita lakukan dari bertanya rakan, keluarga dan pakar, juga merujuk artikel. semua cara kita cuba dalam usaha kita untuk tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung. 

Apa dan dimana silapnya? 

Mungkin, sewaktu kita merancang dan mencari pandangan dari orang lain, kita terlupa bahawa tiada sesiapa pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya; 
“Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” 




Kadang-kadang, kita buntu dalam lautan pilihan yang tidak berkesudahan, dan itulah ketika istikharah menjadi sinar harapan yang menerangi jalan kita. Istikharah adalah satu proses dimana kita menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Ini adalah tanda tawakal kita kepadaNya, dan kita menerima segala keputusan dengan hati yang redha. Oleh itu, melalui buku "Adakah Ini Yang Terbaik?", Nazrin Nashir mengajak kita untuk memahami dengan lebih mendalam tentang seni berinteraksi dengan Tuhan melalui istikharah sebelum membuat keputusan. 

Jadi, jika korang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai istikharah dan proses membuat keputusan yang lebih baik, jomlah baca buku "Adakah Ini Yang Terbaik?". Korang pasti akan mendapati pelbagai panduan dan nasihat yang bermanfaat dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Itulah sedikit perkongsian mengenai buku yang menarik ini. Terima kasih kerana membaca! Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang lain ya. Assalamualaikum. 📚✨

Untuk Tempahan boleh Klik Tajuk buku di atas (tulisan biru) atau Klik Butang Di Bawah 
.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)