Beli Food Feeder di Kuantan

Anamarza
0
3 anak sebelum ni tak pernah pun nak belikan food feeder . Yang sebetulnya tiada maklumat wujudnya benda alah camni untuk memudahkan baby or anak2 kecil yang baru nak belajar makan.

Zaman FB dan smartphone menguasai ni macam-macam barang yang kita boleh jumpa macam-macam info yang kita boleh dapat hasil perkongsian di laman sosial kan. Mana yang elok kita ambil mana yang kurang elok tu pepandai la kita nak tapis kan.

Food feeder ni mulanya nak beli secara online sahaja tapi cik suami kata cari kat kedai je la sesambil bawak anak-anak jalan-jalan makan angin. Kalau kat kedai barangan baby atau pasaraya pernah terserempak food feeder jenis yang jaring-jaring tu je. Kalau yang jenis jaring tu harganya murah sikit.

Last-last decide pergi Fabulous Mom Cawangan Kuantan. Cumanya time pergi tu stok single pack ada yang warna pink sahaja. So ambil je la yang double pack ni.


Ada benda alah ni senang sikit, lenyek-lenyek sikit buah bagi je kat anak kecik. Lagi pun gusi dia tengah gatal nak kuar gigi ... kira food feeder ni 2 in 1 jugak la selain tuk makan boleh jadi teether dia jugak.

Selain letak buah kalau nak letak nasi yang dah dilenyek pun boleh jugak. Tapi kena pantau la kan.

Nota Jejari : Dari bagi puting kosong baik bagi food feeder ni kan...tapi si kecil saya ni banyak main je ngan food feeder ni..makan nya sikit je
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)