Pau Gebu Tepung Gandum (Baking Powder)

Anamarza
3
Tak sure siapa sebenarnya pemilik resipi pau gebu even dengan hanya menggunakan tepung gandum berserta campuran baking powder ni. Tapi yang pasti resipi ni saya dapat hasil perkongsian di salah satu group perkongsian resipi masakan di facebook iaitu group resipi ringkas.


Walau siapa pun pemilik asalnya, ucapan terima kasih buat insan-insan yang sudi berkongsi resipi yang maveles ni. Even tak menggunakan tepung khusus untuk membuat pau, dengan menggunakan resipi ni pau yang terhasil memang tidak mengecewakan...

GEBU!!!!


Untuk pau ni , saya buat 2 jenis pau. Iaitu:

1. Pau Inti Kaya

2. Pau Inti Coklat

Untuk inti kaya tu saya hanya menggunakan kaya keluaran Gardenia sahaja. Manakala inti coklat pula saya hanya potong empat segi kecil dark chocolate compound dan milk chocolate compound, kemudiàn untuk setiap pau saya letak satu potongan kecil dark dan satu potongan kecil milk chocolate.

Bagi yang tercari2 resipi pau gebu yang hanya menggunakan tepung gandum, resipinya seperti dibawah :

BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
( * ayak bersama)

1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak
2 1/4 cawan air
1 pek yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 bj telur
inti pilihan secukupnya

Cara mmbuatnya:
1. Satu kan garam, minyak, air, yis, gula, susu pekat dan telur. Kacau sehingga gula larut.
2. Tuang bancuhan tadi kedalam bekas berisi teping dan baking powder, sedikit demi sedikit, uli sehingga tidak melekat di jari.
3. Ambil sedikit doh, Leperkan kemudian letak inti dan tutup serta kemaskan
4. Rehatkan doh. Biar sehingga doh naik sekali ganda.
5. Kukus doh selama 7 atau 10 minit. Pastikan air kukusan telah panas (menggelegak) baru dikukus pau tadi.

Nota Jejari : Suka pau inti kelapa , inti kacang merah.. tak pernah makan pau ayam atau yang seumpamanya.. hmmm nak kena cuba buat pau ayam la pulak...

Post a Comment

3Comments

  1. hello, apa khabar, pau kaya nampak sedap, boleh share recipe inti kaya ke? I duk cari lama tak dapat inti kaya yang enak, terima kasih.......

    ReplyDelete
  2. Salam hai..nak tnya klu kite first timer xnak guna 1kg tepung mcmane yer sukatannya..mcm guna cwn ke?

    ReplyDelete
  3. Enter your comment...dah lama saya tercari cari resepi pau gebu yg sgt ringkas d mudah camni.anyway tq for the recep

    ReplyDelete
Post a Comment