Resepi roti manis gebu , lembut dan sedap

Anamarza
79
Dah banyak kali jugak guna resipi yang satu ni. Kiranya ni antara resipi roti yang jadi pilihan sebab menghasilkan roti yang gebu dan lembut tanpa ada penambahan bread improver mahupun bread softener. Malah tanpa sebarang teknik water roux atau yang sewaktu dengannya pun roti yang terhasil tidak mengecewakan.

Terutama jika keputusan untuk membuat roti dibuat secara tiba-tiba tanpa ada perancangan awal, memang resipi ini la yang akan digunakan. Pendek kata resipi mudah dengan penggunaan bahan  yang sedikit tapi mampu menghasilkan roti yang lembut. Eh bukan saya sorang yang kata tau tapi rata-rata mereka yang dah cuba resipi ni memberikan feedback yng hampir sama.

Ok la cakap banyak pun tak guna kan, sebelum saya share resipi meh nak tunjuk roti yang terhasil dari resipi yang satu ni.

Ni posing sebelum dibakar. Biasanya saya sembur air biasa je kat atas permukaan roti tu sebelum dibakar. Sedikit malas nak sembur dengan susu atau kuning telur + air/susu sebab sedikit leceh nak cuci bekas penyembur tu nanti.


Ni pulak hasil selepas siap dibakar dan telah disapu butter/majerin dipermukaan roti. Kali ni roti yang terhasil terover lembut dan gebu sampai berkedut dipermukaan roti.

Hasil bedah siasat, teksture dalaman roti

Ada gaya macam roti putih buatan kilang tak?

So camna tergoda tak nak membuat roti sendiri?

Saya pun masih belajar jugak lagi nak perbaiki mana-mana yang terkurang. Ada masa roti yang terhasil cukup memuaskan hati, ada masa biasa-biasa aje.

By the way jutaan terima kasih yang tak terhingga untuk pemilik asal resipi roti dibawah. Juga untuk mereka-mereka yang sudi berkongsi resipi dibawah ni terima kasih hanya Allah sahaja yang mampu membalas keikhlasan kalian berkongsi resipi maveles camni.

Roti Asas
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.


Nota Jejari : Bila berjaya buat roti lembut dan gebu ianya jadi pembakar semangat untuk meroti lagi dan lagi....

Post a Comment

79Comments

  1. dah cuba..mmg sgt lembut..tq penyumbang resipi

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu guna tepung gandum or roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna tepung gandum boleh , jika mahu hasil yang lebih baik guna tepung roti

      Delete
  3. nak cuba juga... nampak tekstur nya menarik

    ReplyDelete
  4. Dah cuba....memang lembut...tq

    ReplyDelete
  5. Nk tnye,x guna soda bikarbonat k untk kmbgkan roti tu??

    ReplyDelete
  6. Nampak putih melepak roti dalamnya. ni pakai tepung gandum ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepung roti..nmpk putih mungkin faktor pencahayaan kot

      Delete
    2. Confuse dah.. pakai tepung gandum ker tepung roti ni? Huhu

      Delete
  7. Bole sy tau sis pakai yis brand ape?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya la masa bentukkan doh tu kena sapu minyak ke? Nampak berkilat je tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu...berkilat mungkin faktor pengcahayaan

      Delete
    2. Pas masak kan sapu margerin tu yg berkilat kan...
      Dah buat,3x...cm tmbh garam sikit tp xletak telur

      Delete
  9. Dah cuba.. Mmg lembut. Sy siap bubuh mozarella chz dlmnye... Tk yg x terhingga!

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Saya cuma ikut resipi sis.. ada juga resipi yang tak perlu telur. mungkin sis boleh cuba tanpa letak telur cuma bahan cecair tu perlu dilebihkan sedikit

      Delete
  11. Kena guna sampai 1 peket Yis utk 3.5 cawan tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma ikut resipi . boleh cuba letak separuh yis

      Delete
  12. Mcm mana kaedah kalau nak guna BreadMaker ?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ulian guna bread maker, perlu masukkan cecair dahulu diikuti bahan kering

      Delete
    2. Sy dah try guna bredmaker...tp kenapae sy punya lembik sis...sy tambah tepung sendiri lg...melekat2 kat tgn masa nak bentuk doh...3 1/2 cwn tepung seperti dlm resipi sy guna

      Delete
    3. Sy dah try guna bredmaker...tp kenapae sy punya lembik sis...sy tambah tepung sendiri lg...melekat2 kat tgn masa nak bentuk doh...3 1/2 cwn tepung seperti dlm resipi sy guna

      Delete
    4. Jika terlalu lembik boleh tambah sedikit tepung lagi atau mungkin boleh guna 4 cawan tepung. Lembik tu dipengaruhi byk faktor, mungkin juga jenis teping yg digunakan. Jika tidak trlalu lembik boleh tabur tepung di tempat kita nak uli tu seperti di atas meja atau sebagainya. Atau boleh juga semasa menguli kita sapu tangan kita dengan marjerin/minyak/butter.

      Delete
    5. Biasanya guna bm secawan tu air + telur... Bukan secawan air dan telur asing. Mungkin sebab itu...

      Delete
  13. salam. kalu guna mixer biasa, bagaimana urutan bahan2? berapa lama kit amixer, berapa lama kita uli bagi licin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mixer biasa masukkan bahan kering dahulu diikuti bahan basah kemudian baru diuli

      Delete
  14. Best.....dah cuba bnyk kali

    ReplyDelete
  15. Nak tanya, bila dah uli bahan menjadi doh, sebelum perap doh sehingga naik 2x, perlu uli dlu doh tu ke? Atau perap twrus je lepas jd doh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh diperap terus sehingga naik 2x ganda kemudian tumbuk doh untuk buang angin dan boleh diuli untuk kali kedua. Slps itu boleh bentuk doh seperti yang diingini dan perap lagi untuk doh naik sebelum dibakar

      Delete
    2. Boleh diperap terus sehingga naik 2x ganda kemudian tumbuk doh untuk buang angin dan boleh diuli untuk kali kedua. Slps itu boleh bentuk doh seperti yang diingini dan perap lagi untuk doh naik sebelum dibakar

      Delete
  16. Kalau nak buat testing dulu dgn adunan 2 cawan sahaja, bagaimana dgn sukatan ingredients yang lain ?... Ini untuk guna dgn BreadMaker...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum cik

    saya dah cuba resipi malam tadi.. alhamdulillah, jadi. lembut & sedap. cukup rasa semuanya. cuma yis tu sy bancuh ngn susu segar instead of air. terima kasih sebab share resipi ni. sy terhutang ilmu dgn cik.

    -Nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna susu segar, bagaimana suhu nya , kena bagi suam dulu ?... + sukatan air jadi kurang berapa byk ?...

      Delete
    2. susu tu dlm room temp, sy x suam kan pun. air langsung tak guna. sy guna sukatan air utk susu tu.

      Delete
  18. assalamualaikum

    sy nana. sy dah try buat mlm tadi. alhamdulillah, jadi. lembut, cukup rasa & sedap! terima kasih cik. sy guna susu segar bancuh ngn yis, instead of air. mmg lembut.

    ReplyDelete
  19. nk tanya kalau x letak yis tu xleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk resipi ini memang menggunakan yis. Boleh google resipi roti yang menggunakan sourdough sebagai pengganti yis.

      Delete
  20. Nak try nnti.. in syaa allah

    ReplyDelete
  21. Akak dah cuba..menjadi gebu gebas. Mak mertua suka. Terima kasih bagi resepi tu....

    ReplyDelete
  22. Saya nak elakkan utk guna tepung gandum sbb ade masalah kesihatan. Blh x sy gunakan tepung jagung

    ReplyDelete
  23. kalau roti coklat de resepi tak?

    ReplyDelete
  24. insyaallah saya nak try buat ikut resepi ni yg mudah dan simple bahan..tqvm

    ReplyDelete
  25. Ni guna tepung gandum or tepung roti ?

    ReplyDelete
  26. Sy dah cuba resepi ni..mmg menjadi dan sedap.tp masalah saya ialah roti x boleh kekal lembut sampai esoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo nk lembut boleh tambah dough softener @ pelembut roti

      Delete
  27. kalau lpas masak tu nak tabur gula masa bila ye... tabur masa nak masuk oven atau masa dh siap masak tu pas sapu marjerin? tq.

    ReplyDelete
  28. Dah cuba bnyak kali...terbaik

    ReplyDelete
  29. Kdang2 sy prasan bla bg sukatan tu,mcm 2 sdu (bsar ke kcik).mcm sy fst time nk buat,x blh nk agk la kn??

    ReplyDelete
  30. br je try buat..gebu mnjadi, suka sangat2..thnks tuan resepi

    ReplyDelete
  31. br je try buat..gebu mnjadi, suka sangat2..thnks tuan resepi

    ReplyDelete
  32. Kalau tak pukul telur macam mana? Jadi ke x? Dan agak2 berapa lama tempoh dia nak jadi 2 kali ganda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba...klu jadi je terus buka kilang roti hihi

      Delete
  33. Tkasih bnyk sis, saya dah cuba dan berjaya dpt roti yg lembut gebu gebas. Moga Allah memberi ganjaran pahala utk sis atas kesudian berkongsi

    ReplyDelete
  34. Tkasih bnyk sis. Roti yg lembut dan gebu, alhamdulillah

    ReplyDelete
  35. nak tanya yis paket tu klu dah campur semua dlm air lps tu msa lps uli yis yg cmpur air msih ada balance boleh simpan tak? klu simpan boleh guna ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x pasti, tp rasax boleh dah tu nt yis da x aktif... Kalau lbh buatlah can cucur udgtu ke... Cekodok + air yis tu

      Delete
  36. Nak tnye, sebelum letak doh dlm loyang, loyang tu kene sapu dengan apa2 ke ?

    ReplyDelete
  37. Tengok cam best je..mintak izin yer nak guna resepi..nak try 😍

    ReplyDelete
  38. Masa yis dicampur dgn air, x perlu letak gula ke? Byk resipi sy tgk dia mesti letak yis+gula+air suam. Sbb sy pernah just letak yis dan air suam, yis langsung x kembang. Buang gitu saja.

    ReplyDelete
  39. Kalau guna bread maker boleh bakar terus dgn saiz besar ok ke..tidak ke dia jd lmbut sgt nti..

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah jadi... Trylah...
    walaupun saya x buah telo... Jadi jugak

    Tq share resepi 👍✌

    ReplyDelete
  41. Oven nk kne panaskn dulu ke atau trus je masuk lepas set masa ngan suhu

    ReplyDelete
  42. As salam...baru baca dan cdg nk try...tp nk tanye planta@ margerin kalau gantiknn dgn shortening bolh x?

    ReplyDelete
  43. Marjerin tu kalau cairkan dulu bole ke

    ReplyDelete
  44. 1 adunan ni leh dpt brape biji ye sis...brape gram ye nk sukat utk 1 biji roti tu..

    ReplyDelete
Post a Comment