Daging Masak Hitam Berempah

Lari sikit dari kebiasaan...

Daging Masak Hitam Berempah

Biasa buat daging masak kicap je dan bahan yang digunakan pun amat la simple. Cuma tumis cili padi + kunyit + bawang merah + bawang putih yang sudah ditumbuk , kemudian masukkan daging , masukkan asam gelugur . Letak bawang besar dan kicap manis sikit, jika suka berkuah boleh tambah air . Simple je kan...

Kali ni try ubah selera pulak dengan mencuba resipi yang satu ni. Yup bila dah letak rempah tu harus la rasanya ada kelainan jugak kan. Cumanya menu Daging masak hitam yang saya masak ni diganti dengan kicap manis sahaja. Kes tiada kicap pekat so belasah aje la kicap apa yang ada di dapur tu.


Ok la pada yang nak kelainan pada masakan daging boleh la cuba resipi dibawah ni ya:

Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan Wanita
Sumber : Fotopages Ida Marlida

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)


Nota Jejari : Lain kali nak kena kurangkan kuantiti rempah ... sebab ada yang kurang minat dengan rasa rempah

Comments

Popular Posts