Roti Bersalut Coklat Dan Nestum
Projek menghabiskan roti yang hampir expired , maka terhasil lah roti bersalut coklat dan nestum ni;
Sebelum ni jika ada roti putih yang agak banyak berbaki dan tarikh luput pulak keesokan harinya, pilihannya samaada buat puding roti bakar atau puding karamel .
Alhamdulillah bertambah list senarai resipi yang boleh dibuat menggunakan roti yang hampir expired. Jika tiada nestum , salut dengan coklat sahaja pun dah cukup. Nak lebih kretif selepas salut dengan coklat (milk atau dark coklat) boleh di hias dengan coklat putih pulak. Tak pun gantikan sahaja nestum dengan badam atau coklat urai , tak pun kelapa kering atau apa sahaja yang disukai.
Resipi atau cara membuat roti salut coklat dan nestum ni semudah ABC. Cuma ianya mungkin agak cerewet waktu proses salut menyalut tu sahaja.
Antara bahan yang diperlukan ialah ;
* roti putih
* coklat compound (dark atau milk atau gabungan dark dan milk )
* nestum ( atau badam , coklat urai, kelapa kering )
Cara membuatnya;
- potong kecil roti kemudian bakar dalam oven sehingga kering.
- sejukkan kemudian salut dengan coklat diikuti nestum.
- biar coklat keras baru disimpan dalam bekas kedap udara atau terus di makan.

Nota Jejari : Budak-budak suka la dengan rasa coklat dan roti yang keras rangup ni...
Comments
Post a Comment