Semperit Susu rangup digigit cair dimulut

Anamarza
0
Kuih semperit ni tak semestinya tunggu nak sambut raya baru buat kan. Kalau zaman dulu-dulu ya la jugak kita cuma dapat jumpa kuih camni waktu hari raya je. Tapi zaman sekarang ni boleh dikatakan sepanjang tahun la jugak kita boleh berjumpa dengan kuih camni.


Kalau yang rajin buat sendiri tu, bila-bila masa tekak rasa nak makan , cukup semua bahan ada terus boleh godek-godek buat . Terutama kuih semperit susu ni, bahan yang digunakan tak de la banyak mana , nak mengodeknya pun tak lah susah mana. Cuma satukan susu pekat manis , butter dan tepung jagung je pastu terap je la ikut bentuk yng disukai, means tak semestinya perlu buat bentuk semperit . Tul tak ?


Actually resipi semperit susu ni pun ada pelbagai. Ada yang menggunakan hanya 3 bahan sahaja iaitu susu pekat manis, butter dan tepung jagung. Ada juga yang menggunakan campuran tepung jaging dan tepung ubi. Tak kurang juga yang menggunakan 3 jenis tepung iaitu tepung jagung, tepung ubi dan tepung gandum.


Bila berlainan bahan yang digunakan hasil kejadian semperitnya juga sedikit berbeza. Terpulang pada selera masing-masing la suka resipi yang mana satu. Buat masa ni saya baru cuba resipi yang hanya menggunakan tepung jagung, susu pekat dan butter.

Sukatan bahan yang saya gunakan seperti di bawah :
250gm butter
1 cawan susu pekat manis
450gm tepung jagung ( tambah jika adunan masih lembik.)

cara membuatnya pula, just satukan butter dan susu , cukup setakat sebati sahaja. Kemudian masukkan tepung jagung sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Terap doh mengikut bentuk yang disukai. Bakar.


Nota Jejari : Lain kali nak cuba resipi semperit susu yang lain pulak....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)