Roti Planta Bergula

Anamarza
0
Makanan zaman budak-budak dahulu...

Cuma versi buat sendiri ni terlebih gula la pulak...


Dulu-dulu suka makan roti bergula dicicah dalam air teh O. Tapi roti yang saya buat ni kurang sesuai sikit nak dicicah sebab dah terlebih gula dan sapuan planta juga agak terlebih.

Tapi...

Even planta dan gula banyak, roti masih tetap keras ranggup . Masih best untuk di jadikan kudapan. Terutama ianya dibuat dalam saiz mini camni.

Untuk membuat roti planta bergula yang ranggup camni hanya sapukan margerin ke kedua-dua bahagian roti. Jika mahu potong roti ikut saiz diingini kemudian baru taburkan gula. Selesai semua roti ditabur gula boleh la di bakar di dalam oven pada suhu rendah sehingga ia menjadi kering.

Suhu yang saya guna lebih kurang 150.

Nota Jejari : selamat mencuba!!! Satu lagi resipi yang boleh dicuba jika roti hampir luput.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)