Bahaya Produk Pelansingan Badan

Anamarza
0
Adalah dinasihatkan kepada kalian yang ingin kelihatan langsing dan kurus agar sentiasa berhati-hati dengan produk pelangsing badan di pasaran termasuk penjualan di internet…

Ini kerana ada diantara produk-produk pelangsing badan yang didakwa selamat adalah tidak berdaftar dan dicemari dengan racun-racun yang berbahaya dan boleh membawa maut…

Antara Bahan kimia berbahaya yang biasa dicampurpalsu dalam produk-produk pelansingan ialah :

  • Sibutramine
  • Phentermine
  • Fenfluramine

Kesan sampingan pengambilan produk pelansingan yang telah dicampurpalsu dengan bahan kimia berbahaya seperti Sibutramine , Phentermine & Fenfluramine ialah :

  • Kemurungan 
  • Sakit jantung 
  • Peningkatan tekanan darah 
  • Denyutan jantung yang cepat 
  • Sakit kepala 
  • Psikosis 
  • Halusinasi
  • Kematian
Apa yang perlu anda tahu berkaitan konsep kurus / langsing :
  • Kurus / langsing bukan mudah untuk diraih dalam masa yang singkat
  • Jangan mudah percaya cakap-cakap jurujual atau testimonial di internet yang mendakwa produk mereka boleh menjadikan anda kurus dalam masa yang singkat
  • Masih banyak cara lain lagi untuk anda mendapatkan berat badan yang ideal ( bersenam, kawal pemakanan, amalkan diet seimbang, mengambil makanan tertentu yang mampu menurunkan berat badan secara semulajadi )
  • Dapatkan nasihat daripada pakar atau doktor jika anda betul-betul mahu kurus dengan cara yang selamat.

sumber : FB Page Jom Kenal Ubat

Nota Jejari : Berhati-hati jangan mudah percaya dengan iklan pelansingan badan , pastikan produk yang ingin dicuba selamat untuk digunakan
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)