PRODUK KESIHATAN BERACUN!!!

BERHATI-HATI!!!!

BERWASPADA!!!!

PRIHATIN!!!!

Dengan lambakan pelbagai produk kesihatan di pasaran sekarang ni, apa yang kita boleh buat ialah sentiasa beringat dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan testimoni berkaitan produk terbabit.

Pastikan kita siasat dahulu :
  • Syarikat pengilang dan syarikat pengeluar
  • Bahan kandungan yang digunakan
  • Status produk samaada betul-betul berdaftar 
    • Jika produk kosmetik atau produk tradisional pastikan berdaftar dengan BPFK
    • Pastikan no. Notifikasi produk betul2 wujud
    • Pastikan betul-betul mendapat pengiktirafan dari badan tertentu seperti SIRIM dan sebagainya
  • Kehalalan sesuatu produk atau bahan yang digunakan
Sedikit ringkasan dari keratan akbar hmetro dengan tajuk Cantik Beracun ( Artikel hmetro : Cantik Beracun ) :

Pada 4 Mac 2014, Cawangan Penguatkuasa Farmasi telah menjalankan serbuan secara serentak di 17 premis yang disyaki memiliki dan menjual produk kesihatan yang dicemari Racun Berjadual iaitu SIBUTRAMINE, TADANAFIL dan SILDENAFIL

Hasil rampasan mendapati kebanyakkan produk tersebut adalah dalam bentuk paket minuman dan dijual dengan harga yang tidak munasabah serta mempunyai tuntutan-tuntutan seperti untuk melangsingkan badan serta meningkatkan tenaga. Siasatan lanjut juga mendapati produk-produk tersebut banyak dijual melalui internet dan mudah diperolehi.

Pengguna dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan produk makan dan minuman yang mempunyai tuntutan seperti boleh meningkatkan keupayaan seksual serta melangsingkan badan. Elakkan pembelian produk kesihatan melalui internet kerana sumber dan status produk kesihatan tersebut tidak dapat dipastikan

Pengambilan produk seperti ini boleh MEMBAHAYAKAN serta MENGANCAM NYAWA!



Antara produk yang dirampas : Guiness For Prostate , Nutriline Cleansline : Enhanced with enzymes

sumber : FB page Jom Kenal Ubat

Nota Jejari : sentiasa prihatin dengan pengumuman dari badan-badan tertentu berhubung produk mana yang dikesan dicampurpalsu dengan bahan kimia berbahaya!

Comments

Popular Posts