Buat Beg telekung solat sendiri

Projek beg telekung solat ni dibuat khusus untuk anak sulung. Disebabkan telekung solat dia tak de beg, so mama buatkan la beg solat ni. Mudah dan kemas sikit untuk bawak telekung ke sekolah agama/KAFA.

Actually beg solat ni dibuat menggunakan beg lama yang dah tak digunakan lagi. Tapi beg tersebut sudah agak comot, so kena la touch up sikit untuk penampilan yang lebih fresh dan kelihatan baru kan. Bukan tak boleh beli , ikutkan bermacam fesyen beg ada terjual sekarang.

Tapi...

Sebab beg yang sedia ada masih elok cuma comot sedikit, kebetulan pulak ada stok kain yang tak digunakan plus mama punya masa untuk menjahitnya, maka projek DIY beg telekung solat pun dapat dijalankan.

Okey la layan beberapa keping gambar semasa proses projek DIY beg telekung solat dibawah ni :

Tak susah mana nak tukar penampilan luaran beg ni, jahit atau tampal sahaja kain yang ada...


Selesai bahagian pemegang dan bahagian tepi...


Siap sudah.....




Comel tak?

Nota Jejari : Puas hati dapat buatkan sesuatu untuk anak sendiri.... (^_*)

Comments

Popular Posts