Rutin seorang mama bila sesi persekolahan bermula....

Anamarza
0
Agak lama jugak blog ni terabai. Tapi dalam pada tiada entry baru masih ada yang berkunjung ke sini ( Terima Kasih!!!) dan iklan dari nuffnang juga masih menjanakan $$$ .

Bila sesi persekolahan bermula memang agak ambil masa juga nak biasakan diri dengan rutin baru , terutama selepas hampir dua bulan sekolah bercuti dan banyak aktiviti jalan-jalan sepanjang cuti tersebut. Rata-rata  ibu-ibu yang anaknya baru melangkah ke tahun satu pasti merasa sedikit kelam kabut untuk biasakan diri dengan rutin tambahan kan ?

Antara aktiviti yang menjadi rutin kini ialah:
  1. Gosok baju sekolah anak . Jika sebelum ni hanya gosok baju suami je  (bagi ibu yang bekerja perlu gosok baju sendiri jugakan)  tapi bermula tahun ni start gosok baju sekolah anak pula. Bukan satu pasang tapi banyak jugak la pasangnyakan, baju sekolah rendah dan ditambah pulak baju sekolah KAFA ( agama ). Nak jimat elektrik kena la gosok kesemuanya sekali. Memang kalau mak buyung macam saya ni megah jugak la nak siap gosok kesemuanya. Ada sejam lebih nak siapkan kesemuanya. 

  2. Sediakan bekal anak . Mungkin tak semua ibu yang berkesempatan menyediakan bekal anak, tapi bagi surirumah macam saya ni punya waktu dan kesempatan , tak tahu la kalau dah bersalin nanti, anak kecil meragam mungkin kelam kabut jugak nak siapkan bekal anak.

    Kenapa susah-susah siapkan bekal, kantin sekolah kan ada ? Kesian tengok budak-budak beratur nak beli makanan, kekadang banyak masa dihabiskan dengan beratur je, masa makan pun jadi makin singkat.


  3. Basuh kasut sekolah anak. Jika tahun lepas hanya 2 pasang kasut sekolah je yang perlu disental, tapi tahun ni ada 4 pasang kasut pulak. Ikutkan boleh je nak minta anak-anak belajar basuh kasut sendiri, tapi tak pa la sekali-sekala buatkan untuk mereka tak salah kan.


  4. Susun buku sekolah ikut jadual harian. Bukan anak tak boleh buat sendiri, tapi bila kita sama-sama susun buku dengan anak sambil-sambil tu ambil kesempatan tanya anak ada kerja sekolah dan dah disiapkan tak. Sambil-sambil tu jugak check la apa yang dia belajar, tengok jika ada subjek atau tajuk yang dia lemah atau kurang faham. 

  5. Tanya anak apa yang dia belajar . Sambil-sambil tu boleh la tanya anak pergaulan dia kat sekolah, biar anak-anak jadikan rutin bercerita perihal dia kat sekolah, kawannya, aktivitinya, cikgunya dan lain-lain hal. Dari situ nanti kita tahu la kan serba sedikit situasi dia disekolah. 
Mungkin ada ibu-ibu yang rutinnya berbeza sedikit dari yang diatas kan. Mungkin rutin hantar dan ambil anak dari sekolah rendah dan hantar pula ke sekolah agama/KAFA.

Bagi saya pula rutin tambahan , melayan anak yang tak sekolah ni lagi. Pagi-pagi ada je benda yang dia nak mamanya beri perhatian kat dia. Kalau tak dilayan nanti, merajuk pulak, so sebelum boleh buat kerje lain kena layan dulu la dia. Dah bersalin nanti rutin akan berubah pulak.

Lukisan budak tak sekolah

Nota Jejari : Seronok layan anak-anak bercerita perihal sekolah masing-masing. Kadang-kadang berebut-rebut bercerita sampai naik pening nak dengar cerita siapa dulu, yang tak tahan siap gaduh siapa patut bercerita dahulu...
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)