Percubaan kali ni ada la sikit kot rupa pankek. Tu pun hasilnya tak seberapa kalau nak banding ngan pankek orang lain kan ?
Tak kisah la asalkan rasanya sedappp...
Untuk resipi kali ni rasanya lebih sedap dari resipi yang pernah dicuba dulu. Dulu-dulu rasa cam cerewet je nak buat pankek sebab tu lebih prefer buat lempeng. Tapi bila dah selalu mencuba pelbagai resepi yang lebih banyak bahan dan lebih banyak step , rasanya pankek ni lebih mudah dan cepat untuk disediakan.
Ok la cam biasa sebagai rujukan bagi yang ingin mencuba boleh tengok bahan dan cara untuk membuat pankek dibawah :
PANKEK SEDAP
by: dermakasih
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baiking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar *izah tukar buttermilk
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam
Caranya
- Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
- Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
- Kemudian masukkan susu segar.
- Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
- Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
- sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan mendapatkan hasil yang memuaskan
- Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit sebelum digunakan.
Nota Jejari : selamat mencuba