FB mampu mengundang syirik kecil ?

Anamarza
0
Rata-rata ramai yang ada Facebook kan ?

Actually bukan FB je yang mampu mengundang syirik kecil , rasanya blog , whatsup, we chat,  instagram dan any media social yang lain pun mampu mengundang syirik kecil jugak kan?
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)
Kekadang perasaan riak ni wujud tanpa kita sedari. Mungkin niat asal memang kita ikhlas tanpa ada sebarang maksud tersembunyi pun bilamana dan disaat kita up status kita di mukabuku. Tapi mungkin bila ramai yang komen dan like status kita tanpa sedar wujud sesuatu rasa yang mungkin sedikit bangga dan yang sewaktu dengannya. Bila bermain dengan perasaan ni manusia kekadang mudah tewas, tul tak?

Semalam terjumpa satu perkongsian seperti di bawah :
Jenis-jenis status FB yang ada tujuan tersirat (copy paste):
1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH wad kelas 3, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!
4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !
6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..
8. Selalunya pompuan selfie muka kunun x mekap baru bangun tido
Caption "muka serabai x mndi lg"
Walhalnya dah 2 jam belek muka & touch up supaya nmpak cantik au naturale
Dgn harapan org akan komen
"Eh antik lah... baru bangun tido pon cantik"
Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri !
Apa pendapat korang?

Adakah korang pernah buat salah-satu dari di atas?


Mungkin ada yang berpendapat status di atas hanya status biasa sahaja, hanya orang tertentu sahaja yang suka perbesar-besarkan dan memberi maksud lain pada status tersebut. Tapi perlu diingat bukan setakat isu riak sahaja, jika tak kena gaya status yang kita anggap biasa boleh mengundang fitnah. Kerana manusia ini pelbagai dan kita tidak akan pernah mampu untuk memuaskan hati kesemua orang.

Kekadang status yang biasa-biasa pun mampu mengundang fitnah, apa tah lagi status yang sedikit berbaur menunjuk-nunjuk. Pokok pangkalnya berbalik pada niat kita. Semampu mungkin elakkan status yang boleh mengundang rasa riak dihati, status yang boleh mengundang fitnah.

Nota Jejari : Berhati-hati dengan setiap apa yang kita lakukan dan ucapkan tidak kira di alam maya mahupun alam nyata.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)