Info Hologram Meditag yang perlu anda tahu

Anamarza
0
Semua produk/ubat berdaftar perlu mempamerkan nombor pendaftaran produk dan label hologram Meditag pada label atau pembungkusannya.


Sedikit info berkaitan Pelekat hologram Meditag yang anda perlu tahu ialah :
  • Pengenalan penggunaan Pelekat hologram Meditag pada semua produk farmaseutikal dibuat bagi mengatasi masalah pemalsuan nombor pendaftaran  (contoh MAL 20001564T)  bagi produk farmaseutikal yang telah didaftarkan (setiap nombor pendaftaran perlu dicetak pada label atau pembungkusan produk tersebut).
  • Pelekat hologram Meditag mula diguna pakai pada tahun 2005 ; mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang boleh diperhatikan oleh pengguna dan juga oleh pegawai penguat kuasa farmasi.
  • Semua produk berdaftar perlu mempamerkan nombor pendaftaran produk dan label hologram Meditag pada label atau pembungkusannya. 
  • Hologram versi pertama telah digantikan dengan versi kedua pada tahun 2006 dengan peningkatan ciri keselamatan.
  • Pengguna boleh memeriksa ketulenan label hologram Meditag pada produk yang dibeli dengan menggunakan alat Dekoder Meditag ( Boleh didapati di semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri )
  • Bermula 1 November 2012, Pelekat hologram Meditag versi ketiga (Meditag III) telah diluluskan untuk digunakan. 

  • Perbezaan antara Pelekat hologram Meditag versi kedua (Meditag II) dengan Pelekat hologram Meditag versi ketiga (Meditag III) ialah:
    • Pelekat hologram Meditag versi kedua (Meditag II) : Mempunyai logo Bunga Raya dan kedudukan tulisan KKM ditepi sebelah kanan
    • Pelekat hologram Meditag versi ketiga (Meditag III)  : Mempunyai logo harimau
  • Perhatikan Ubat/produk yang anda beli , sekirannya produk tersebut dikeluarkan selepas november 2012, Pelekat hologram Meditag versi ketiga (Meditag III) akan digunakan. Manakala bagi produk / ubat yang dikeluarkan sebelum november 2012 Pelekat hologram Meditag versi kedua (Meditag II) akan digunakan. 

Nota Jejari : Sentiasa perhatikan produk yang dibeli mempunyai nombor pendaftaran produk dan label hologram Meditag pada label atau pembungkusannya

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)