Tips masukkan nompor pin terbalik adalah palsu dan tidak betul.

Anamarza
0
Pernah terjumpa perkongsian lebih kurang seperti dibawah :
Jika anda "DI PAKSA" keluarkan duit di mesin ATM...Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini danianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
-Tolong share untuk peringatan bersama-
Jika pernah harap tiada yang mudah percaya dengan tips yang dikongsi tu ya.

Sebabnya jika difikir secara logik, tak mungkin pihak bank akan mengguna pakai kaedah sebegitu atas faktor
  • Jika pemilik kad memiliki kad dengan no pin yang menggunakan hanya satu nombor sahaja untuk 6 digit no pinnya seperti 111111, 222222, 999999 dan sebagainya
  • Jika pemilik kad memiliki kad dengan no pin yang jika diterbalikkan pun tetap sama seperti 123321 , 347743 dan sebagainya. 

Kesimpulannya memang tips memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR. Tambahan pula Bank Negara Malaysia sendiri telah mengesahkan bahawa tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Harapnya lepas ni tiada lagi sebaran maklumat / tips memasukkan nompor pin terbalik sebegini ya.


Nota Jejari : Banyak sebaran maklumat di laman sosial, pepandai korang la nak pastikan sama ada sebaran itu benar atau palsu
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)