Nasi Arab Di Olah Citarasa Melayu ; Restoran Miftah Temerloh

Anamarza
0
Dasar tekak orang kampung, biasa jalan kemana-mana sekalipun mesti nak cari nasi berlaukkan makanan melayu jugak. Tapi sesekali tekak ni teringin jugak nak merasa kelainan kan. So baru-baru ni kami mencuba Nasi Arab di Restoran Miftah di Bandar Temerloh.


Bagi yang dah biasa makan nasi arab mungkin ada pendapat berbeza, tapi bagi kami yang jarang-jarang berjumpa dengan menu sebegini, Nasi arab di Restoran ini boleh tahan, sedap bak kata anak-anak.

Satu lagi yang menarik, kerana ada pilihan set hidangan, memudahkan untuk kami pilih menu apa.


Ya la bila pilih set ni tak perlu nak order asing-asing, anak-anak pun bukan makan banyak sangat, lagipun mudah sikit sebab dia memang sediakan pinggan mengikut bilangan yang diperlukan. Kalau order asing-asing ni , untuk anak-anak kena order satu pinggan untuk dikongsi bertiga / berdua. Dah tu kena request pinggan lebih, ada masa pelayan ni lupa dengan request kita dah nak kena minta semula.

Antara menu yang terdapat disini ialah :
  • Nasi Arab Mandy Kambing / ayam ( salaatoh + sup )
  • Nasi Safron Kambing / ayam ( kuah kari )
  • Set A : Nasi Arab Mandy @ Nasi Safron Kambing ( salaatoh + sup / kari ) berserta 3 gelas jus 
  • Set B : Nasi Arab Mandy @ Nasi Safron Kambing & Ayam ( salaatoh + sup / kari ) berserta 3 gelas jus
  • Set C : Nasi Arab Mandy @ Nasi Safron  Ayam ( salaatoh + sup / kari ) berserta 3 gelas jus
  • Roti Bakar 
  • Roti Arab + Kuah Kari
  • Kentang Goreng
  • Chicken Chop
  • Fish N chip
  • Kebab Tortilla Ayam


Nota Jejari : Akan cuba nasi Arab di tempat lain pula nanti.... 
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)