Hukum "testimoni" sesuatu produk

Anamarza
3
Biasa kita tengok kan mana-mana produk sekarang ni akan ada testimoni. Tak kira la produk kecantikan ke, produk makanan tambahan(supplement) ke, produk pelangsingan ke, malah penjualan ebook sekalipun turut ada testimoni jugak kan.

Adat manusia bila terbaca testimoni yang menyatakan sesuatu barang tu bagus dan berkesan pasti akan wujud naluri ingin tahu berkaitan produk tersebutkan?

Terutamanya wanita, lagi akan mudah tergoda dengan sesuatu testimoni seperti testimoni produk kecantikan atau pelansingan badan yang mana  :
  1. Testimoni tu datang dari orang terdekat dengannya , ahli keluarganya ke, sedara mara nya ke atau kawannya.
  2. Artis atau "public figure" yang menjadi duta produk tersebut
  3. Testimoni tersebut bukan sekadar ayat semata tapi turut disertakan gambar sebelum & selepas penggunaan produk terbabit.
  4. kita kerap berjumpa dengan testimoni untuk produk terbabit , mungkin ianya kerap dipaparkan di wall feed FB kita, di blog , di majalah, pendek kata merata-rata boleh jumpa testimoni tentang produk tu.
Betul tak?

Sebab itu la , mana-mana peniaga sekarang ni berlumba-lumba untuk mempamerkan testimoni dari pelanggan mereka. Dari satu sudut, testimoni tu bagus sebab boleh menjadi satu cabang untuk mempromosikan dan melariskan sesuatu produk. Tapi jika tersalah langkah, ia juga mampu menjadi penyebab sesuatu perniagaan tu tak mendapat berkat.

Khusus untuk yang menjalankan perniagaan, jika korang nak jadikan testimoni sebagai satu cara promosi, korang kena tahu  testimoni yang bagaimana tidak boleh dan testimoni bagaimana yang dibolehkan.


".... TESTIMONI sesuatu produk dan program MESTILAH dinyatakan secara ikhlas dan tepat oleh pengguna atau peserta sebenar. Sebarang rekaan testimoni, ubah suai, testimoni dengan upah adalah satu bentuk promosi perniagaan yang HARAM dan boleh jatuh dalam kategori jualan bai' an-Najsh yang diharamkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.

Testimoni juga TIDAK BOLEH melampau seperti seolah wajib sembuh, confirmed hilang jerawat, pasti terbaik di dalam dunia, wajib laris dan seumpamanya, kerana semua itu adalah seperti bersumpah bagi melariskan produk. Ia dinyatakan oleh Nabi dalam hadisnya sebagai mampu melariskan barangan tetapi menghilangkan keberkatan."

Harap pada yang menjalankan perniagaan dan ingin mempamerkan testimoni, lepas ni beringat la ya jangan sesekali dengan sengaja mereka-reka, mengubah suai atau membayar untuk mendapatkan testimoni bagi tujuan melariskan produk kalian. 

Sebaiknya jujur la dengan apa yang kalian lakukan. Kalau sememangnya produk kalian terbukti bagus dan berkesan orang akan war-warkan kebaikan dan keberkesanan produk tersebut dengan sendirinya samaada secara mulut ke mulut atau posting di media sosial ( FB, twitter, blog dan sbgnya.) .
Tags

Post a Comment

3Comments

  1. dah ramai sgt yg copy paste testimoni...takut2 nak percaya

    ReplyDelete
  2. kalau baca dalam paper yg testimonial yg ntah pape tu lagiii la. tambah2 lagi pasal hal rumahtangga. mcm melampau sgt pun ada lucahnya

    kak, baru jumpa camne nak komen kat sini. agaknya sebab dah ada komen org lain. selalunya amie takleh nak komen

    ReplyDelete
  3. honestly,susah sy nak pecaya testimoni melainkan org2 yg memnag kite kenal..tp kan ada gak testimoni suami isteri....rasa cam x baiklaa kan..x patut hub dalam kelambu nak buat testimoni haaihh...juz my 20 sen

    ReplyDelete
Post a Comment