Kes bayi berdarah di Hospital Kota Bharu
update terkini (15hb mac 2013) : Dah terbukti bukan salah nurse tu, even mak bapak baby ni pun tak tahu gambar baby dia tersebarkan luas di FB. Mungkin sedari awal lg terdapat salah faham, start dari yang mengambil gambar, yang mengupload dan meletak caption gambar sebegitu sehingga menyebabkan yang melihat gambar juga turut sama tersalah tafsir. Sama-sama la kita muhasabah diri dan ambil pengajaran dari isu ini ya...
Dari siang tadi dah terbaca tentang kes bayi berdarah yang dikhabarkan berlaku di Hospital Kota Bharu.
~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~
Dari siang tadi dah terbaca tentang kes bayi berdarah yang dikhabarkan berlaku di Hospital Kota Bharu.
Sesiapa pun bila terpandang gambar disebelah ni pasti akan beristighfar dan rasa kesian kat bayi ni kan?
Tambah pulak bila terbaca caption gambar (Petikan seperti dibawah) pasti sedikit sebanyak akan terbit rasa geram juga kan kat nurse yang di maksudkan tu?
"Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya.."
Kalau ditengok pada feedback dari warga FB , ramai yang memberikan komen bernada menghentam nurse tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan kementerian kesihatan kerana masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ni. Korang pun pasti ada respond tersendiri berkaitan kes ni kan?
Memang kita sebagai seorang ibu pasti akan terjentik dengan kes sebegini. Jika diberi pilihan sebolehnya kita tak nak perkara ni terjadi kat kita. Seandainya ia berlaku juga pastinya kita akan menuntut penjelasan yang sewajarnya dari nurse yang bertugas bukan? Mungkin juga hentaman dan kata-kata kurang sopan bakal terkeluar dari mulut kita.
Tapi sebelum terus menghentam seolah-olah hampir semua nurse hospital kerajaan bersikap sebegitu, apa kata kita cuba faham situasi di kebanyakan hospital besar khususnya hospital kerajaan. Mungkin:
- Waktu tersebut merupakan waktu busy bagi nurse (nak siapkan segala macam tugas sebelum doktor mula bertugas). Bayi yang ada di situ mungkin banyak, setiap satu perlukan perhatian
- Dalam kesibukan tu, mereka terlepas pandang. Bukan abaikan, mungkin juga belum sempat mereka bersihkan, si ibu dah sampai.
Kita sendiri tidak berada pada situasi dan waktu kejadian tersebut berlaku, kita boleh faham ada waktunya nurse sibuk sampai tak cukup tangan, dan mungkin betul kejadian seumpama ini biasa terjadi
Tapi....
Dalam situasi sebegitu, jika nada dan jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati kita, pasti terbit rasa geram dan marah bukan?
Rasanya yang menjadikan kes ni lebih sensasi adalah gambaran sikap nurse tersebut, dimana dia digambarkan memberi jawapan yang bernada sedikit kurang sopan dengan memberi alasan baby lasak ( bergerak-gerak) serta nurse tersebut seolah-olah menempelak ibu bayi yang cuba mendapatkan penjelasan.
Sepatutnya jawapan dari nurse tersebut haruslah menggambarkan yang dia ada rasa tanggungjawab bukan sekadar memberi alasan " bayi bergerak-gerak" semata.
Diharap jangan la kerana nurse/ kes tersebut kita terus menjatuh hukum pada nurse kerajaan yang lain. Lagipun kes ni belum ada sebarang pengesahan dari pihak hospital lagi, kita sendiri tak tahu cerita sebenarnya bagaimana, so jangan la kita senang-senang je menghukum nurse tersebut yang bersalah.
Walau bagaimanapun, diharap sangat kesemua doktor, nurse dan staf hospital lebih pandai berkomunikasi dengan pesakit atau waris pesakit agar tidak berlaku sebarang salah faham disebabkan sikap atau nada dan tutur bicara mereka.
Nota Jejari : Kalau saya pun akan melenting juga jika respond dan jawapan yang diterima agak kurang ajar dan seolah-olah menggambarkan sikap kurang bertanggung jawab sebegitu.
kejam!!!!
ReplyDeleteassalam ana..kalau kanak2 memang susah..sebab meronta2 takut..acik pun pernah nampak..menitik2 darahnya..kadang2 acik pun terkena...sampai meleleh2 darahnya..kalau terkena yang tak biasa ambik darah..kalau yang dah biasa..tak ada apa2 ok je
ReplyDeletealamak ngeri pulak tengok darah..kesian kat baby tu...nak tau juga apa kes sebenarnya sampai jadi camtu
ReplyDeletesaya bercakap berdasarkan pengalaman..
ReplyDelete1)gambar ini salah dan illegal sebenarnya..boleh didakwa kerana mengambil gambar di kawasan hospital
2) perkara berdarah begini adalah biasa kerana jarum yang terkeluar ( mmg akibat bayi lasak) akan menyebabkan perdarahan sedikit lama kerana tidak ditekan tempat tusukan jarum tersebut. megikut gambar ini..mngkin bayi tersebut mengalami 3-5 minit perdarahan ( dari segi warna darah)
3) ibu atau penjaga dbenarkan menunggu bayi di hospital..kecuali NICU atau PICU
dan sepatutnya penjaga juga dipersalahkan sekiranya berlaku begini
4) malaysia memang kekurangan jururawat dan ini mungkin salah satu sebab ratio nurse:pesakit tidak sesuai
5) nurse juga manusia biasa dan akan marah jika dipertikaikan kerja yang dilakukan seikhlas hati
6) imej nurse sedikit tercalar dgn menyebut perkataan yg sesuai
7) nurse perlu dihantar kursus komunikasi PR dengan pelanggan( pesakit ) kerana dari segi pengamatan saya, nurse di malaysia sgt lemah dari segi komunikasi tidak seperti di barat atau timur tengah.
saya bercakap berdasarkan pengalaman..
ReplyDelete1)gambar ini salah dan illegal sebenarnya..boleh didakwa kerana mengambil gambar di kawasan hospital
2) perkara berdarah begini adalah biasa kerana jarum yang terkeluar ( mmg akibat bayi lasak) akan menyebabkan perdarahan sedikit lama kerana tidak ditekan tempat tusukan jarum tersebut. megikut gambar ini..mngkin bayi tersebut mengalami 3-5 minit perdarahan ( dari segi warna darah)
3) ibu atau penjaga dbenarkan menunggu bayi di hospital..kecuali NICU atau PICU
dan sepatutnya penjaga juga dipersalahkan sekiranya berlaku begini
4) malaysia memang kekurangan jururawat dan ini mungkin salah satu sebab ratio nurse:pesakit tidak sesuai
5) nurse juga manusia biasa dan akan marah jika dipertikaikan kerja yang dilakukan seikhlas hati
6) imej nurse sedikit tercalar dgn menyebut perkataan yg sesuai
7) nurse perlu dihantar kursus komunikasi PR dengan pelanggan( pesakit ) kerana dari segi pengamatan saya, nurse di malaysia sgt lemah dari segi komunikasi tidak seperti di barat atau timur tengah.
Sy AMAT-AMAT BERSETUJU para nurse di Malaysia ni WAJIB dihantar kursus komunikasi PR dgn pelanggan. Sy pernah berhadapan dgn nurse yg amat celupar mulutnya..maklumlah kita tgh sakit..kalau ikutkan hati rasa nak lempang jee mulut nurse hari tu...sampai sekarang pun masih tergiang2 lagi kata-kata yang berbisa dari nurse tersebut...org yg sedang sakit mungkin bertambah sakit silap hari bulan cepat matinyaa...para nurse...jagalah sikit mulut tu ye..jgn ada yg tersembur gigi karang!!
Deletetahlaa....tp kalau anak sy yg kat tempat di atas tu..memang sy teramat marah...honestly,memang banyak nurse gomen yg agak x berbudi bahasa...
ReplyDeletehanya sbilangan sja bsikap sdemikian tetapi jgn smua nurse disalahkan. .setiap hospital n wad mpunyai perbezaan. .apa yg berlaku boleh dperbaiki. .tidak salah mnegur nurse tetapi jgn disebabkan mulut nurse tsebut, perkara yg boleh diperbaiki mjadi isu yg besar sehingga nurse2x lain pn dipandang buruk. .tidak salah stakat memberi aduan kepada pihak atasan hospital. .gambar ini sperti menunjukkan org yg mgambil trus mnuduh tanpa tahu apa sbenarnya blaku dan berharap nurse tsebut mdapat malu. .tidak adil kalo dilihat. .ini salah satu peringatan kpd nurse2 utk tingkatkn lg kualiti pkjaan, bkan stakat itu sja tp jg sikap thadap psakit n saudarany. whai nurse tdak susah bsabar mnjelaskan situasi n whai pesakit/saudarany tidak salah utk btnya dhulu sblum mnunding jari. .nurse kn tahu tnggungjawb keja,n pes/saudarany kn fhm stuasi tlbih dahulu. .
ReplyDeletex la asyik nk slh kn nurse....klu kite duk tmpt mrk br tau kj nurse cm mn....yg slh ckit nmpk, klu yg bk x de lak nk hargai....emmmm...manusia....
ReplyDelete