Scrub & Masker tomato : Jawapan pada pertanyaan

Anamarza
4
Dalam entry :



Ada yang mengutarakan pertanyaan seperti berikut:

"akak, kenapa bila sy pakai tomato kt muka rasa panas? rasa mcm pakai cili pulak..tak tahan, smpat pakai kejap je lpastu trus basuh muka..normal ke rasa panas tu?"

Mungkin Cik Puan yang bertanya ada alahan (allergic) pada tomato, dan seeloknya jika mula rasa panas sebaik sahaja muka disapu dengan isi dari tomato, basuh muka cepat-cepat.

Satu tips bagi sesiapa yang berhajat ingin menggunakan sebarang bahan dari sumber semulajadi (atau produk kosmetik lainnya) untuk diletakkan dimuka, sebelum apply keseluruhan muka, sebaiknya letak sedikit dahulu ke mana-mana bahagian kulit muka untuk test sama ada kulit muka kita alah atau tidak dengan bahan tersebut.

Lain orang lain ketahanan kulitnya, jika sesuatu bahan tu elok dengan kulit orang lain belum tentu ianya sesuai untuk kita juga. Sebab tu dalam dunia ni ada pelbagai sumber semulajadi yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit kita, cuma tinggal kita berusaha untuk cari apa bahan yang sesuai dengan kita je.

Jika kulit kita tak sesuai dengan tomato masih ada sumber lain seperti madu, lemon, yogurt, oat dan selainnya yang mungkin sesuai, tul tak?

Post a Comment

4Comments

  1. Nk tmbh pndpt. Klu nk potong tomato tu, pastikn pisau bersih. Klu tak, mgkin sbb tu jugak bila sapu rasa pijar(panas). :)

    ReplyDelete
  2. oohh.. ade gak jenis alergik cam tuh ek~

    ReplyDelete
  3. setuju dengan dira. maybe pisau yang kita guna x bersih tu yang jadi panas tu.

    ReplyDelete
Post a Comment