Panggilan dari +375, +371 atau 081. Berhati-hati!

Korang mesti dah terserempak dengan satu status / gambar di FB berkaitan Peringatan agar " BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN +375, +371 atau 081 " kan?

Mana yang belum tahu berkaitan hal ni boleh rujuk gambar dan info kat bawah ni:

Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali).

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates) dan semua maklumat yang berada didalam telefon bimbit akan diambil sepantas 3 saat termasuk maklumat bank dan kad kredit sekiranya maklumat tersebut berada di dalam telefon bimbit.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.
Sumber imej daripada Facebook 1Sabah

Lepas ni sentiasa berhati-hati la ya, even tengah dalam situasi yang kalut macam mana sekalipun time nak jawab telefon tu perhati dulu nombor apa yang naik. Dan jangan sesekali call balik!

Sekarang ni kan zaman smartphone yang mana segala macam info orang duk simpan dalam phone kan, so lagi la nak kena berhati-hati.

Kalau betul dalam sekelip mata dia boleh muat turun segala macam maklumat yang ada dalam phone, elok la jangan simpan sebarang password melibatkan online banking dalam phone ya, karang tak pasal-pasal nangis tak berlagu pulak.

Kalau saya even dapat panggilan dari private number atau tertera perkataan withheld memang malas nak layan, la ni kan pulak dari nombor pelik camtu.

Comments

Post a Comment

Popular Posts