Tragedi Lahad datu : semoga tamat dengan cepat!
Al-Fatihah buat anggota polis yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Bermula dari tragedi di Lahad Datu jumaat lepas, rata-rata diantara kita ternanti-nanti update terkini berhubung keadaan dan situasi semasa yang berlaku disana kan?
Apatah lagi bagi ahli keluarga anggota polis yang bertugas di sana juga mereka-mereka yang mempunyai keluarga yang menetap di tempat yang terlibat pastinya lebih berdebar menanti sebarang berita terkini.
Dengan maklumat/berita rasmi yang agak terbatas menyebabkan lambakan update di laman sosial (Fb , twitter dan sbgnya) yang mengambarkan seolah-olah keadaan disana agak teruk. Walau kesasihannya agak diragui tapi jika terus disebarkan boleh menyebabkan panik dipihak warga sabah khususnya dan kita di semenanjung amnya.
Bukan nak kata info yang disebarkan tu kesemuanya salah dan tak tepat dan jauh sekali la nak tuduh orang yang berkongsi info berkaitan keadaan semasa di lahad datu tu penipu, cuma bila ada yang jenis suka menagguk di air yang keruh, akan ada la info yang salah secara tak sengaja tersebar dan seterusnya menyebabkan situasi panik dikalangan warga sabahan dan ahli keluarga anggota polis yang terlibat khususnya dan kita-kita amnya.
Contohnya:
Sumber dari sini |
Seeloknya biar la pihak yang bertanggung jawab sahaja yang sebarkan info terkini berkaitan keadaan semasa yang berlaku disana. Tak salah jika kita up status untuk minta rakan-rakan lain yang berada di kawasan terlibat untuk lebih berwaspada dan alert , dan tak salah juga kita minta doakan keselamatan warga sabahan dan anggota polis serta tentera yang bertugas .
Tapi sebolehnya elakkan la daripada
- Paste atau upload gambar-gambar yang mencurigakan sumbernya i.e. gambar dari selatan thai tapi dakwa kononnya gambar tu dari kejadian di lahad datu.
- Up post status/gambar/video yang highlight keadaan kecemasan lebih-lebih lagi yang palsu (seperti contoh gambar diatas)
- Up post status/gambar/video yang boleh dijadikan sumber untuk peperangan propaganda
- Up post status/gambar/video yang boleh memburukkan suasana di Sabah khususnya dan Malaysia amnya
- Up post status/gambar/video yang boleh menimbulkan kerisauan pihak keluarga anggota pasukan keselamatan.
- Mengeluarkan komen yang tak sepatutnya
takziah buat yang terkorban...
ReplyDeletemoga cepat tamat..dan kembali aman