RVCC untuk memujuk anak meragam

Anamarza
4
Malam semalam tidur lambat menyiapkan tempahan kek. Bila dah lewat sangat tak larat dah nak kemas dapur. Pagi tadi, bangun je dari tidur Ainul terus ke dapur, bila dia nampak je bahan-bahan buat kek yang masih belum bersimpan tu, terus dia minta nak kek.

Bila budak kecik yang tak makan dek pujuk mula meragam minta nak kek, nak tak nak kena la buat kan juga untuk dia. Tak de dah nak tangguh , sarapan pun tak sempat nak masak terus la menggodek kek. Bila nampak mama dah start sibuk sedia bahan baru la dia nak senyap . Kalau tidak duk la melalak minta nak kek... haru sungguh bila ada drama air mata pepagi hari (-_-)

Hmmm maknanya kan lepas-lepas ni kalau ada yang menempah kek kena buat sekali untuk dia juga la..

Actually dah lama nak try buat Red Velvet cake, tapi hasrat tu asyik ditangguh aje dan pastinya  atas pelbagai alasan ciptaan sendiri je la kan. Bila dah Ainul meragam minta kek baru la hasrat tu tercapai, tu pun sebab memang plan nak cuba sebab nanti untuk birthday Safiyya hujung minggu ni plannya nak buat RVC.

Cuma untuk percubaan kali ni, just buat dalam versi cupcake je la. Mungkin nanti akan cuba resipi lain pulak, banding mana yang lagi kena dengan anak tekak kitaorang. Resipi tuk Red Velvet cupcake ni korang boleh lihat disini.

Oh ya, Blog ni dah siap fasa ubah suai, walau tak banyak yang diubah tapi nak juga tanya korang, macammana okey tak?


Post a Comment

4Comments

  1. red velvet ni boleh divariasikan macam macam...cake, cake in jar...dan wife saya pernah buat red velvet macaron :)

    rupa baru blog ni nice...lawa..lebih tersusun..

    ReplyDelete
  2. akak dah amik tempahan kek ke pulak skrng ni? suka la rupa blog ni. kemas je kak..

    ReplyDelete
  3. ok, kak. laju pn laju bila loading.

    ReplyDelete
  4. alamak...sedapnya =) saya pun dah lama tak buat kek hehe

    ReplyDelete
Post a Comment