Kenapa Wanita lebih perlu bersedekah?
"Wahai sekelian wanita, hendaklah kamu bersedekah dan perbanyakkan istighfar. Sesungguhnya aku melihat ramainya kaum wanita di dalam Neraka!"
Salah seorang wanita bertanya: "Kenapa kaum wanita ramai yang menghuni Neraka?"
"Kalian sering melaknat (berkata keji) dan derhaka terhadap suami."
Pernah terbaca luahan hati seorang yang bergelar isteri yang sering dipertikaikan sebagai " diri sendiri tak cukup duit ada hati nak menderma" bilamana dia ingin menghulur sedikit sumbangan berupa wang kepada pihak yang memerlukan. Pelik juga kenapa la ada yang sanggup mempertikaikan niat baik orang lain.
Jika kita nak tunggu hidup kita senang dulu baru nak menderma atau bersedekah rasanya sampai ke sudah la tak menderma. Ya la takut nanti tunggu banyak duit baru nak sedekah , bila dah banyak duit banyak pulak benda yang nak dipenuhi tangguh dulu, tunggu dah senang sikit. Bila dah senang sikit kita tangguh jugak sebab nak tunggu kaya baru nak sedekah, boleh beri lagi banyak. Nanti dah kaya tunggu mewah pulak baru nak sedekah, sebab time kaya banyak zakat nak kena keluarkan, rasa cukup dengan bayar zakat je, sedekah ?
Mungkin ada yang beranggapan orang kaya lebih mudah nak bersedekah dari orang miskin. Orang kaya ni bukan setakat boleh beri wang, nak jamu makan pun mudah, nak beri barangan seperti baju ke barang makanan dan lainnya pun senang. Yang cukup makan cam kita-kita ni bagaimana nak bersedekah?
Konsep sedekah tu luas bukan setakat memberi sesuatu berupa wang atau benda/barangan sahaja. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidakkah Allah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya setiap satu tasbih adalah sedekah, setiap satu takbir adalah sedekah, setiap satu tahmid adalah sedekah, setiap satu tahlil adalah sedekah, setiap suruhan makruf adalah sedekah, setiap tegahan daripada kemungkaran adalah sedekah....
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)
So, banyak cara untuk bersedekah kan, even senyuman itu juga merupakan satu sedekah. Sepertimana hadis diatas, Untuk menutup kekurangan , kita yang bergelar wanita ni disarankan untuk lebih banyak bersedekah. Jadi bersedekah la walau dengan cara mana sekalipun....
setuju ana..
ReplyDeletesebenarnya bila kita bersedekah rezeki lebih murah..so jgn takut kalau tak cukup duit nak makan ke apa bila bersedekah sbb Allah akan gandakan lagi rezeki untuk kita..insya allah..
takutnya baca.
ReplyDeletethanks ats renungan...
insyaAllah Allah akan permudahkan rezeki kalo rajin bersedekah
ReplyDeleteSetiap orang perlu ubah perspektif terhadap sedekah. Kalau berubah cara kita memandang "sedekah" itu, mentaliti dan tabiat kita pun akan berubah.
ReplyDeleteyupp bersedekah sekadar termampu.. tp harap tgn yg menerima x sedar pun tgn yg memberi... x da le tayang muka dan buat tajuk utama akhbar bila menderma...
ReplyDeleteakak, tahniah saguhati GA :
ReplyDeletehttp://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/09/pemenang-3rd-birthday-giveaway.html
Insyaallah.... menjadi peringatan buat kita semua
ReplyDelete