Jaga tepi kain anak !

Penting dan perlu ke jaga tepi kain anak sendiri?

Busy bodykah seorang ibu itu jika sibuk nak jaga tepi kain anak?

Jawapannya ada kat diri korang. Kalau zaman "mundur" dulu, duk di kampung ada jiran-jiran yang tolong tengok dan tolong tegur anak-anak kita, jadi zaman tu kita pun tak berani mana nak buat jahat. Takut kalau buat sesuatu yang tak elok, ada yang tolong report kat mak abah kita, takut kalau apa yang kita buat boleh menconteng arang ke muka mak bapak kita. Pendek kata dulu-dulu budak-budak ramai yang pandai jaga diri tahu batas mana yang elok mana yang tidak .

Zaman dulu mak bapak tak kisah kalau ada yang rajin menegur if anak dia ada buat sesuatu yang tak elok dibelakang. Tapi zaman sekarang ramai yang akan melenting, marah jika ada yang report anak dia buat tu buat ni. Ada juga mak bapak yang tak kisah atau terlepas pandang  apa yang anak dia buat kat luar sebab terlampau sibuk dengan kerje.

Tapi zaman sekarang ni lagi ramai yang buat hal masing-masing, dah tak kisah apa anak jiran dia buat, ada juga yang tak berani nak menegur takut dikatakan busy body pulak. So sebagai ibubapa tak salahkan kalau kita berusaha sedikit untuk tahu apa yang anak kita buat. Zaman FB zaman blog zaman twitter sekarang ni tak susah sangat nak tahu aktiviti anak-anak, siapa yang dia suka dimana dia berada. Tul tak?




Apa yang penting, ambil tahu aktiviti anak-anak. 

Ana : Baru-baru ni pernah terlepas ke blog seorang budak yang berumur 12 tahun, kat blog tu dia siap tulis siapa yang dia minat. Even kat FB seorang budak sekolah rendah juga siap letak di profile bahagian relationship status tu In a relationship with .... (nama boyfriend dia) . 

Comments

  1. aisshhhh...budak2 zaman sekrang ni...bahaya betul..memang kena rajin folo, perhati apa yg dia buat..

    ReplyDelete
  2. lagi dasyat.. ada yg berani letak gambar daring.. ala2 porno pun ada..
    na'uzubillah....

    ReplyDelete
  3. takutnya :-(
    ada yg letak gambar sx tu yg sy sgt takut

    ReplyDelete
  4. Kene pantau selalu.Jangan main lepas tangan je...

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang zaman moden cara hidup mereka nak moden..mmg kena pantau

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ui bahaya tuh...kene selalu tengok2kan bebudak ni..risau kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts