Istilah Kencing Kotor dan Ujian air kencing bagi Ibu Mengandung...

Anamarza
9
Salam,

Entry kali ni kira kesinambungan dari entry sebelum ni (Rutin Lawatan Ke Klinik untuk Ibu2 mengandung) berkaitan dengan ujian air kencing yg dibuat setiap kali pemeriksaan rutin di klinik. sebenarnya ade yg komen berkaitan hal ni, salah saya juga kerana ade maklumat yg tertinggal menyebabkan berlaku sedikit kekeliruan maklumat..saya dah pun perbetulkan mengikut sumber yg dirujuk...hanya tertinggal perkataan jika dikesan berulang kali /pada setiap rutin lawatan yg berturut selepas perkataan kemungkinan kencing manis seperti dibawah;
Ujian air Kencing
Dibuat pada setiap lawatan bagi mengesan gula (kemungkinan Kencing manis jika dikesan berulang kali /pada setiap rutin lawatan yg berturut) dan kesan protein, yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan dalam air kencing pada peringkat kehamilan seterusnya, ini mungkin menandakan PRAEKLAMPSIA

Ni info dari web medic.usm.my melalui artikel Ujian Rutin semasa hamil, berkaitan ujian air kencing seperti petikan dibawah;
Dr. Shah Reza berkata, setiap lawatan ke klinik mengandung, ujian air kencing akan dijalankan terhadap kehadiran gula dan juga protein.

‘‘Kehadiran gula dalam jumlah sedikit berlaku semasa kehamilan tetapi sekiranya banyak, mungkin ia tanda kencing manis. Kehadiran protein di dalam air kencing pula mungkin petanda jangkitan sistem buah pinggang, pundi kencing dan mungkin juga komplikasi dari penyakit darah tinggi semasa mengandung,’’ jelas beliau.
So dari artikel ni rasanya dah jelaskan yang ujian air kencing tu hanya la petunjuk awal jer pada masalah macam kencing manis ker, kalau dah disyaki ujian lebih detail akan dibuat. Dalam artikel yg sama juga diterangkan ujian untuk pengesahan kencing manis, jadi saya CnP jer kat sini sebagai rujukan semua "Untuk kesahihan kencing manis, anda akan diuji setelah berpuasa semalaman. Mula-mula pada pagi hari, paras gula darah berpuasa diambil. Kemudiannya minuman bergula diberikan dan paras gula darah diambil selepas dua jam. Doktor akan berbincang dengan anda tentang keputusannya."

Jadi apa plak kaitan kencing kotor dan ujian air kencing ni?

Ok la, mungkin biasa nurse beri jawapan selepas ujian air kencing (dan resultnya menunjukkan urine kita tu bermasalah) kita mengalami air kencing kotor ni, tapi rasanya tak de plak nurse tu terangkan apa yg dimaksudkan dengan air kencing kotor kan?, dan kita plak tak de pun nak ambil tahu lebih lanjut apa yg di istilahkan dengan air kencing kotor ni kan?

Mengikut sumber dari web simanja.com di ruangan Jawapan dari doktor anda, Kencing kotor adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing  tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia (anda boleh rujuk artikel Praeklampsia Pembunuh Ibu Hamil untuk maklumat lanjut berkaitan Praeklampsia ni). Dibawh adalah petikan dari artikel tersebut;
"...tanda lain praeklampsia ialah kencing kotor, iaitu air kencing mengandungi albumin. Penyakit ini, biasanya timbul di peringkat akhir kehamilan iaitu apabila kehamilan masuk ke peringkat lapan bulan. Adalah dipercayai wanita yang menghidap penyakit ini mengeluarkan sejenis ‘racun’ daripada kandungannya. Tidak dapat dipastikan sama ada ‘racun’ ini dikeluarkan oleh uri atau bayi, tetapi ‘racun’ ini memberi kesan kepada saluran darah ibu.


Ia menyebabkan sedikit kerosakan dengan menimbulkan beberapa kesan seperti timbunan ‘fibrin’ pada saluran darah di seluruh badan. Saluran darah ibu kemudian menjadi kuncup dan mudah ditembusi cecair darah. Kerosakan ini berlaku di semua organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak. Ekoran daripada kerosakan ini tekanan darah meningkat. Albumin dari darah akan keluar melalui saluran kencing kerana berlakunya kebocoran pada saluran darah dalam buah pinggang.


Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dikawal, kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan buah pinggang rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Ini akhirnya akan menyebabkan apa yang digelar ‘acute renal shut down’..."
Note: Albumin (protein)

Kencing kotor atau istilah Urinary Tract Infection (UTI) ni boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak. Info lanjut berkaitan UTI ni boleh rujuk di artikel Urinary Tract Infection During Pregnancy.


Biasanya ujian air kencing dibuat menggunakan satu alat yg di panggil "Dipstick". Tapi tak sure la plak ade dipstik khusus tuk ujian air kencing bagi wanita hamil ker atau sama umum jer tak kira hamil atau tak mungkin pengiraan dia kot berbeza. tTetapi secara umum ujian air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu "strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.contoh gambaran dipstik ni seperti dibawah:

My Image
Sumber : TheStar Online





Untuk Info berkaitan Kegunaan dipstick secara umum ni sila jengah ke artikel Your Urine and Disease di TheStar Online .


 
Tags

Post a Comment

9Comments

  1. so dipstick tu untuk cek kandungan protein je la?kiranya doktor tak boleh detect pompuan tu pregnant ke tak guna dipstick tu?
    saya kena kencing kotor minggu lepas. doktor cek, dia kata ada kuman, infection kat saluran kencing. sakitnya nauzubillah..time tu tgh period. so mcm mustahil lak kalau pregnant.
    takut kalau berharap tak jadi lak..mesti sedih nanti..setakat ni takde muntah2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya mengandung n usia kandungan sudah hampir 9 bulan..FYI, I ni bukanlah penghidap diabetic coz my sugar level when 'm fasting 3.8 & after buat ujian air gula within 2 hours my sugar level is only 4.7.Tapi apa yang buat I terkejut last week bila I buat rutin medical check up doktor tu kata ada protein dalam air kencing I.So I macam risau apa maksudnya ini? Boleh tak I share problem I dalam ni..Dah lah tinggal just a few weeks before my due date.Hope that everything gonna be ok.Insyaallah

    ReplyDelete
  3. salam
    info tambahan
    memang kalau kita ikut piramid makanan dan amalkan makanan yang seimbang kita tidak perlu ambil makanan tambahan. tapi dalam masa setahun dua ini saya saya ada terbaca tentang radikal bebas. radikal bebas ialah suatu atom relatif yang tidak stabil yang elektronnya tidak berpasangan (1 atau lebih) di bahagian luar orbitnya. okay ini memerlukan penerangan yang lebar, tapi saya ringkaskan =)
    radikal bebas boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes, strok, barah, darah tinggi dan sebagainya dan hampir kesemua penyakit yang tersenarai disebabkan radikal bebas (kajian saintis baru-baru ini kalau tak percaya boleh google heee). okay apa yang menyebabkan radikal bebas terjadi. faktor terjadi radikal bebas contoh, asap rokok, uv ray, pencemaran udara, pemakanan yang mempunyai pengawet kimia, dan sebagainya. maksudnya kita tidak dapat elak radikal bebas in fact setelah dikaji badan kita diserang lebih daripada 40,000 jenis radikal bebas setiap hari!! dan inilah antara faktor mengapa banyak pesakit barah etc. yang umurnya makin menurun sedangkan pada setengah abad yang lalu ia hanya dihidap oleh orang pertengahan umur kerana sitem imune mereka yang makin lemah dan faktor usia/keturunan. dan bagi saya pengambilan supplement tidak perlu jika kita tidak diserang radikal bebas tetapi sebaliknya. dan banyak pakar kesihatan menyarankan kita mengambil produk anti oksida yang mempunya ORAC score yang tinggi. saya ada buat sikit review pasal ORAC score sbb saya kena buat thesis untuk subjek ini. klik url ni http://bit.ly/rNPvlg untuk lebih info, nnt panjang2 marah pula owner blog
    :P

    ReplyDelete
  4. as salam
    Penerangan yang baik, saya hamil 18 minggu dan telah buat urine test. doktor detect protin - trace. doktor kata dont worry, just trace, minum air banyak2 dan jangan tahan buang air. Tq for the info.

    welcome to my blog : http://supplementsihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Link exchange is nothing else however it is only placing the other person's web site link on your page at suitable place and other person will also do same for you.
    Feel free to visit my weblog :: skin care products

    ReplyDelete
  6. As salam...maaf, di atas ada tertulis perkataan 'Keton'...boleh terang kan dengan terperinci tak....?

    ReplyDelete
  7. for me as a human, for our good health, pregnant or not, we should drink a plain water at least 3ltrs per day.no matter what,bcse we love our body..as long u do drink 3ltrs of plain water per day, insyaAllah nothing cn b afraid of.no hydrated and nothing.our kidneys need 3ltrs of plain water per day for their cycles per day.and now i'm drinking my plain water.hihii.... #preggyMommy #2ndBaby #HopingForGreatHealth

    ReplyDelete
  8. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete
Post a Comment