Perlukah seorang wanita itu pandai memasak?

Anamarza
1
Salam...

Pepagi lagi dah buka topik, ni la kesannya bila hubby ajak sarapan kat luar, just goreng nugget jer sebagai pengalas perut, bila dah bangun awal perut cepat terasa lapar, nak keluar pergi sarapan pun awal sesangat lagi Safiyya pun bangun2 jer terus ngadu perut lapar, dah dimasakkan nugget tu tak la pulak dimakannya, sekadar menjamah jer...tah la anak dara ni mintanya lebih makannya tak seberapa...bila dah masak just simple2 camtu ade la masa nak buka blog ni, kebetulan terjumpa satu artikel kat FB baru2 ni sesaje jer la nak perpanjangkan topik tu kat blog plak, buat renungan bersama...

Artikel yg saya maksudkan tu bertajuk "KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???" oleh Siti zainab. Kalau korang semua nak baca artikel dia just klik jer la kat tajuk tu.

Saya pun tak de la nak kupas panjang2 pasal topik ni, tapi rasanya seoarang isteri tu kalau tak pandai memasak pun perlu tahu serba sedikit bab memasak ni, ni pendapat saya la kan, tapi rasanya zaman dah moden kehidupan dah berubah, ramai yg educated dan berkerjaya tak kira suami atau isteri dah tak kisah sangat pasal isu ni, ya la masing2 sibuk ngan kerje, pergi kerje awal2 pagi nak elak kesesakan jalan, usahkan nak buat sarapan nak bersarapan sekali kat rumah pun tak sempat, bila balik kerje plak sampai umah dah malam, masing2 dah keletihan ade yg tak kisah bab makan malam, kalau ade peluang pun di hujung minggu jer la nak memasaknya. Ditambah plak bila dah berduit sedikit ramai yg ambil pembantu rumah, so semua kerje diserahkan pada maid jer..bila suami langsung tak bersuara menyatakan hasrat nak makan air tangan isteri, isteri pun tak de la nak turun ke dapurnya...apa2 pun bergantung pada individu jugak kan, kalau dia rasa memang dah tanggung jawab dia sediakan pakai minum suami walau letih macam mana pun awalau dah ade pembantu rumah pun dia tetap akan lakukan tugas sebagai seoarang isteri tu juga...


Persoalan perlu ker seorang wanita tu pandai memasak depends pada individu la rasanya, orang tua2 pun ade cakap bila dah bersuami nanti dengan sendirinya dia akan pandai memasak, bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih, ramai jer rasanya yg tak pandai memasak sebelum kahwin tapi dah lepas kahwin, practice dan belajar dari kesilapan jadi pandai..yang penting pasangan kita juga perlu main peranan, selagi suami memberikan support, seoarang isteri tu akan berusaha tuk perbaiki, puji sekali sekala tuk naikkan semangat isteri dan tegur tuk memotivasikan isteri bukan la mengutuk jika masakan isteri tu tak sempurna tul tak?

Sebagai lelaki yg dah sejak azalinya dicipta tuk memimpin wanita, perlu la tunjukkan sifat seoarang pembimbing, bukan terus judge perempuan yg tak pandai memasak tak sempurna sebagai seoarang isteri... kaum Adam juga perlu kaji diri sendiri jugak, kalau dari wanita dia nak kan yg terbaik, adakah dirinya cukup sempurna untuk menjadi seorang ketua keluarga? Rasanya ramai wanita2 yg tak meletakkan syarat bakal suaminya perlu la boleh mengimamkan dirinya dan anaknya2, dan ramai juga yg langsung tak ambil kisah tak terfikir pun pasal hal ni, baginya cukup la suaminya itu baik dan mengambil berat pasal dirinya...yg lain hanyalah sebagai bonus sahaja..Tul ker?

Apa2 pun, setiap manusia tu boleh berubah jika dia inginkan perubahan, tak kira la kalau sebelum berkahwin seoarang wanita tu langsung tak pandai dan tak pernah ke dapur atau melakukan sebarang kerje umah sekalaipun, biarlah walau sebelum berkahwin seoarang lelaki tu sembahyang lima waktu pun ade yg tercicir, tapi jika ade kemahuan dan peluang mereka mampu manjadi seorang isteri dan suami yg lebih baik lagi...tak guna pandai memasak jika tak hormat pada suami dan tak guna juga seorang suami yg boleh menjadi imam tapi perkara lain diabaikan...malas bekerje dan sebagainya contohnya la...


Perlukah seorang wanita itu pandai memasak? tepuk dada tanya la diri....

Post a Comment

1Comments

Post a Comment