Rutin Lawatan Ke Klinik untuk Ibu2 mengandung.

Anamarza
5
Salam,

Last week kira first time saya pergi check up untuk kandungan kali ke-3 ni, masa duk KL dulu tak de plak jururawat kat situ inform perlu datang minggu ke berapa2 tuk first check up tapi kat Klinik Jengka 2 ni, dia minta datang minggu ke-10 (last week la kiranya).

 Buku rekod kesihatan ibu2 mengandung
 Sebelum ni pernah buat entry berkaitan Rutin lawatan ke Klinik untuk ibu2 mengandung ni di entry ni Jagaan Semasa Hamil, so kali ni saje nak refresh balik pemeriksaan yg dibuat semasa check up ibu2 mengandung, cuma kali ni cuba ringkaskan skit dari entry sebelum ni la. so jom kita tgk apa yg biasa dibuat semasa lawatan ke klinik:
  1. Sesi soal jawab atau pendaftaran
    Bakal2 ibu akan ditanya berkaitan :

    • Butir peribadi, seperti nama anda dan pasangan, tarikh lahir anda, tahap pelajaran anda, pekerjaan anda dan suami, nombor telefon. tarikh anda berkahwin, kewarganegaraan. 
    • Sejarah Kesihatan anda seperti penyakit serius yg mungkin dihidapi, pembedahan yg pernah dilalui, mempunyai alahan, merokok atau mengambil dadah. 
    • Sejarah perubatan keluarga anda samaaada mempunyai penyakit keturunan atau kelahiran kembar dalam keluarga anda dan pasangan. 
    • Jenis pencegah kehamilan yg anda ambil 
    • Maklumat berkaitan Haid anda seperti tarikh hari pertama haid terakhir anda, kitaran haid tetap atau tidak, berapa lama tempoh haid anda. 
    • Sejarah kandungan dan kelahiran terdahulu juga akan ditanya samaada pernah keguguran, berapa anak yg lahir hidup dan anak yg lahir mati. berapa bilangan anak sekarang.
    • Bila anda mendapatkan pelalian Rubella juga mungkin akan ditanya.
  2. Ujian air Kencing
    Dibuat pada setiap lawatan bagi mengesan gula (kemungkinan Kencing manis jika dikesan berulang kali /pada setiap rutin lawatan yg berturut) dan kesan protein, yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan dalam air kencing pada peringkat kehamilan seterusnya, ini mungkin menandakan PRAEKLAMPSIA
  3. Ketinggian
    Diambil bacaan pada lawatan pertama sebagai petunjuk kepada saiz pelvik. Pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar. Jika ketinggian anda melebihi 152cm (5 kaki), anda tidak mungkin mengalami kesukaran kecuali anda mengandungkan bayi yang luar biasa besarnya.
  4. Diambil bacaan pada setiap lawatan. Panduan penambahan berat badan yg ideal ialah

    • Bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama : 0.5kg / sebulan
    • Bagi jangkamasa kandungan seterusnya ; 0.5kg / seminggu
  5. Ujian Darah
    Sedikit darah akan diambil dari lengan anda untuk memeriksa:

    • Kumpulan darah anda dan kumpulan darah rhesus anda.
    • Anemia, darah anda akan diperiksa sekali lagi bagi penyakit ini kira-kira pada minggu ke 32.
    • Penyakit seks berjangkit, contohnya sifilis, HIV.
  6. Tekanan darah
    Dibuat pada setiap lawatan. Tekanan darah yang normal adalah kira-kira 120/70 dan akan diberi perhatian sekiranya melebihi 140/90.
  7. Pemeriksaan Umum
    Pada lawatan pertama ibu2 mungkin akan diperiksa di bahagian rambut, kuku tangan dan kaki, payudara juga akan diperiksa dan ibu juga mungkin akan ditanya bila kali terakhir melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Jururawat juga akan meminta bakal2 ibu untuk menelan air liur bagi mengesan sebarang keabnormalan di tekak.
  8. Pemeriksaan Kaki dan Buku Lali
    Dibuat pada setiap kali lawatan, bagi memastikan tidak terdapat bengkak atau edema. Sedikit bengkak pada minggu akhir kehamilan adalah normal, terutamanya pada penghujung hari. Namum bengkak yang melampau mungkin menandakan praeklampsia. Kaki anda juga akan diperiksa sama ada terdapat vena verikos.
  9. Mendengar degupan jantung
    Dibuat pada setiap lawatan selepas minggu ke 14 dengan menggunakan alat sonik yang akan menguatkan degupan jantung bayi supaya anda juga dapat mendengarnya.
  10. Merasa abdomen
    Bagi pemeriksaan pertama, mungkin tidak akan dibuat kerana masih dalam peringkat pembentukan lagi, selepas minggu ke 14 pemeriksaan akan dibuat pada setiap kali lawatan untuk memastikan kedudukan bahagian rahim anda. Ini akan memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi anda. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing dalam arah yang betul (kepala dahulu) dan pada minggu-minggu yang akhir, kepalanya turun ke dalam ruang pelvik.
  11. Ujian ultrasound
    Ultrasound tidak dapat menunjukkan jantina bayi dengan tepat. Tujuan ultrasound dibuat bagi memeriksa:

    • Bayi membesar secara normal.
    • Umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran.
    • Kedudukan bayi dan plasenta
    • Keadaan tidak normal seperti masalah berkaitan dengan otak dan tulang belakang.
    • Kemungkinan anda sedang mengandungkan lebih daripada seorang bayi.
    • Jika anda mengalami ujian pada awal kehamilan, anda akan diminta minum banyak air dan datang ke klinik dalam keadaan pundi yang penuh, supaya rahim anda dapat dilihat dengan jelas pada skrin. Prosedur ini mengambil masa lima hingga sepuluh minit, selamat dan tidak menyakitkan anda dan bayi anda. Satu lapisan nipis minyak akan disapu pada bahagian perut anda dan sejenis alat pegang, transduser, dilalukan perlahan-lahan pada perut. Alat ini memancar dan menerima gelombang bunyi yang membentuk imej pada skrin.
Rasanya tu jer kot pemeriksaan biasa untuk ibu2 yg mengandung ni, tah la ingat2 lupa jer...Bagi usia kandungan antara 0 - 28 minggu rutin lawatan adalan sekali dalam sebulan (jika tiada masalah kesihatan yg lain seperti kalau Hb rendah anda mungkin akan diminta datang 2 minggu sekali seperti saya sekarang ni la). Bagi usia kandungan 29 - 36 minggu rutin lawatan ialah setiap dua minggu sekali.Bagi usia kandungan masuk minggu ke 37 dan seterusnya (selagi belum melahirkan) anda akan diminta berkunjung ke klinik setiap minggu.

Bila masuk bab check up ni kesian kat hubby dan anak2 la terpaksa menunggu, bukan ade tempat nak tinggal anak2 pun, budak2 ni pun tak denya nak tinggal ngan orang lain asyik berkepit ngan mama dan abah jer...dah tu bukan setakat check up mamanya, rifqi pun disebabkan berat yg tak naik kena check up bulan2 juga lagi, cam bulan 9 ni, mama ade 2 kali check-up, Safiyya dan Rifqi pun ade check up juga...huh letih la my hubby berulang ke klinik..tak pe ya sayang demi kesihatan anak2 dan isteri....mana yg boleh disekalikan buat sekali harung jer hari yg sama...jimat masa kan....

Sumber : Bidan Bersalin
Tags

Post a Comment

5Comments

  1. kalau buat kat klinik kerajaan mmng masak nak menunggu..kdg2 smp kena amik cuti terus..tp kenala sabar sebab ramai

    ReplyDelete
  2. salam..
    bukan ke ujian air kencing yg dibuat setiap kali checkup tu tuk cek kencing kotor kan? nak cek ade infection ke tak..
    klu nak cek kencing manis.. sekali jek ms kandungan 7-8 bulan.. MGTT test namenye yg minum air gula tuh... tp depend gak.. cam saya ade famili history kencing manis belah ayah so kene wat 2 kali ujian tu wlupun saya normal takde kencing manis

    klu bab menunggu kat klinik gomen.. mmg sakit tul jiwa.. kul 7 datang.. kul 12 baru balik..

    ReplyDelete
  3. tahniah Anamarza, mengandung anak yang ketiga.

    rajin2 buat check up. kak wa kalau check kat klinik desa lebih cepat banding dengan klinik komuniti yang agak besar sikit. sbb banyak sangat prosedur kot???

    ReplyDelete
  4. Amie ; memang kalau klinik kjaan ni ramai orang, mcm kat KL dulu kul 7 pg dah tunggu dpn klinik..tapi kat jengka ni akak biasa pergi ptg, selalunya tak de sgt orang, lambat pun sbb nurse tu buat kerje "terlampau beramah mesra sgt"

    Yan : Kencing kotor tu istilah jer, selalu nya memang check kehadiran gula, protin, albumin dan sewaktu ngannya, tuk setiap lawatan ke klinik..sepanjang sy check up mengandung tuk 2 anak tak pernah lagi minum air gula tu, tah la klinik DBKL sempoi sgt kot....

    armouris ; tq, InsyaAllah akan jengah juga info tu nanti

    Ibu Wawa ; terima ksih... klinik desa tak ramai orang kot tu yg cepat

    ReplyDelete
  5. oowhhh.. ade berita baik yg kakyong ketinggalan.. tahniah ana.. semoga diberi kesihatan yg baik spjg pregnant...

    ReplyDelete
Post a Comment