Koleksi Buku Harry Potter versi Bahasa Melayu

Anamarza
0

Untuk peminat cerita HARRY POTTER. Jika kalian ingin mendapatkan ke tujuh-tujuh novel cerita inj. Berikut adalah judul versi bahasa melayu dan judul bahasa enggeris. Buku-buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbitan Pelangi



1. Harry Potter dengan Batu Hikmat  (ISBN 979-655-851-3) - Harry Potter and the Philosopher's Stone

Selama ini Harry Potter menyangka yang dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yang menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya – sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, belajar bermain Quidditch, dan berjuang untuk menyelamatkan nyawanya. Semua itu dialaminya kerana dia HARRY POTTER, SEORANG AHLI SIHIR

2. Harry Potter dan Bilik Rahsia (ISBN 979-655-852-1) - Harry Potter and the Chamber of Secrets

Harry Potter seorang ahli sihir terkemuka yang menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yang kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman yang mengerikan menantinya di Hogwarts.

3. Harry Potter dengan Banduan Azkaban (ISBN 979-655-853-x) - Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Selama dua belas tahun, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara, dan kini sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas kejatuhan tuannya. Harry Potter dalam bahaya. Tembok tebal sekolah sihirnya sekali pun tidak dapat melindunginya daripada Sirius Black, apatah lagi dengan adanya musuh dalam selimut di sekolah itu.

4.  Harry Potter dalam Piala Api (ISBN 979-655-854-8) - Harry Potter and the Goblet of Fire
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya! Tanda-tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu-satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter. Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat



5. Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix (ISBN 979-22-0652-3) - Harry Potter and the Order of the Phoenix

Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal-kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap. Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun-tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet. Harry bimbang yang dia mungkin terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.
6. Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan (ISBN 983-00-2594-2) -  Harry Potter and the Half-Blood Prince

Pertengahan musim panas, tetapi kabus di luar musim yang melanda, menerpa cermin-cermin jendela. Di biliknya di rumah keluarga Dursley di Privet Drive, Harry Potter sedang tertunggu-tunggu penuh cemas Professor Dumbledore datang sendiri untuk menjemputnya. Harry hampir-hampir tidak percaya bahawa dalam banyak tempat di dunia, Profesor Dumbledore muncul di rumah keluarga Dursley. Mengapa baru sekarang profesor itu datang? Apakah perkara yang penting sangat yang tidak sempat-sempat menunggu Harry kembali ke Hogwarts dalam masa beberapa minggu lagi?

Tahun keenam Harry di Hogwarts bermula dengan permulaan yang diluar jangkaan apabila dunia Muggle dan dunia ajaib mulai menyatu...

J.K. Rowlings menukil pengembaraan terbaru Harry Potter di tahun keenamnya di Hogwarts dengan penuh keahlian dan gaya yang sungguh menakjubkan.

7 (Harry Potter dengan Azimat Maut; ISBN 983-00-3303-1 ) - Harry Potter and the Deathly Hallows
Harry Potter dibebani sesuatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki Horcrux-Horcrux Voldemort. Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti yang dialaminya sekarang. Namun, dia perlu sedaya upaya mencari kekuatan diri bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kehangatan di The Burrow dan mengharungi, tanpa gentar dan ragu-ragu, laluan pasti yang dilakar untuknya.
Untuk membuat pembelian:
1. Boleh beli di web --> Klik Sini <--
2. Whatsapp tajuk buku ke 019 2513447 
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)