Donut tawar wajib salut gula atau letak topping

Anamarza
1

Donut tawar?

Sebenarnya tak terniat pun nak buat donut tawar. Ceritanya begini, Alkisahnya selepas sebulan lebih tak buat donut , dengan penuh kerajinan dan semangat nak buat frozen donut sekali, maka akak dengan lagak "pro"nya ambil satu-persatu bahan , sukat dan terus masukkan ke dalam bread maker (kes malas nak bancuh dengan tangan la ni, even guna resepi donut tanpa uli bread maker jugak yang menjadi pilihan 😅).
Siap tugasan breadmaker, tugas akak la pulak untuk menerap doh menjadi donut. Siap je terap terus goreng. Separuh goreng untuk dimakan terus , separuh lagi goreng sekejap untuk difrozenkan.

Macam biasa, tukang masak akan jadi orang pertama yang rasa. Kunyahan pertama rasa macam ada yang tak kena je dengan rasa donut kali ini. Sambil kunyah sambil fikir apa yang menyebabkan donut kali ni rasa ada yang terkurang.

Recall balik step masa masukkan bahan ke dalam breadmaker baru la teringat yang akak tak masukkan gula. Terlupa sungguh. 😂😂😂.


Nasib baik la donut memang dimakan dengan salutan gula/aising mahupun ditopping dengan coklat dan yang seumpamanya. Bila dah disalut gula tu tak de la terasa tawar sangat. Lagipun ada penggunaan susu pekat manis kan, jadi tak la rasa tawar hebe sangat 😅


Pengajarannya ; Jangan ingat bila kita dah terbiasa buat sesuatu tu kita tak akan buat silap. Mungkin sahaja kita terleka sehingga cuai dalam melakukannya. Tambahan pula sifat manusia itu sendiri mudah terlupa, jadi sentiasa berhati-hati dan cermat dalam melakukan apa jua perkara.


DONUT GEBU TANPA ULI  
:  BY Che Eda
daridapuraida.blogspot.com
Bahan

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.

-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.

-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye

-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha

-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan

-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

Untuk frozen goreng sekejap je ye. 

Post a Comment

1Comments

Post a Comment