Sejenis kek yang mampu mengimbau kenangan ; Kek Marjerin
Kerap kali juga bilamana memikirkan kek apa yang ingin dibuat, kenangan zaman remaja dulu datang menerjah. Dulu-dulu kalau nak makan kek marjerin, cukup gigih mengadun bahan-bahan. Mana tak gigih guna senduk kayu je pun. Sampai lenguh-lenguh tangan. Kekadang rasa sado sekejap lengan ni πππ
Tapi itu la kenangan yang tak mungkin dilupakan , memori buat kek dengan mak. Rindunya saat dan ketika itu.
Sekarang cukup mudah, hanya serah pada mesin pengadun je; Hand mixer / stand mixer, pilih sahaja yang mana satu mahu digunakan. Tinggal lagi pilihan antara rajin dengan tidak sahaja π.
Sebenarnya teringin sangat nak ulang kenangan tersebut dengan anak-anak pula. Tapi sudah tentu la bukan part mengadun gula dan marjerin menggunakan senduk, sian pulak kat anak-anak nanti sakit-sakit tangan hanya semata-mata nak makan kek. Tapikan rasanya anak-anak tak kisah pun, lagi seronok bagi mereka kan. Cuma mamanya ni sahaja yang belum cukup SABAR untuk menghadapi segala kemungkinan. πππ
Bayangkan dapur bakal berkecah dengan tepung, adunan yang mungkin terhambur keluar. NEGETIFNYA PEMIKIRAN MAMA KAN KANπ . Kenapa la tak nak bayangkan dari sisi lain sahaja kan. Sisi keseronokan anak-anak dapat membantu, keterujaan belajar sesuatu yang baru, belajar untuk menyempurnakan tugasan dengan cermat serta mengenal erti tanggungjawab iaitu mengemas selepas selesai mengadun kek.
InsyaAllah akan dilaksanakan juga impian yang satu ini π
Basic Butter Cake
Chef asma
Bahan (A): 200 gm majerin planta
50 gm butter Anchor
150 gm gula kastor
100 gm gula aising
(B) 250 gm telur -tanpa kulit
1/4 sudu kecil esen vanilla
(C) 250 gm tepung gandum blue key@ cap kunci - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
Cara-caranya:
1. Putar bahan (A) sehingga creamy (bg nampak creamy putih).
2. Masukkan telur & esen vanilla.Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit( semasa masuk tpg ,perlahankan kelajuan mixer). Jangan diputar terlalu lama .
4. Masukkan perisa / pewarna mengikut citarasa anda.
5. Masukkan kedalam loyang 8 inci..Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit - 1 jam.(sehingga masak)

Comments
Post a Comment