Chocolate Chips Muffin dengan Taburan Chia seed

Anamarza
0

Agak lama juga tak buat sebarang kek mahupun muffin. Sampai ke satu tahap anak keluarkan buku resipi dan tunjuk kat mamanya sambil menyebut "mama kek" . Hai la anak , hati ibu mana yang tak cair bila anaknya sendiri request nak kek. Walau kamu masih belum pandai menyusun ayat yang berbunga-bunga,  cukup 2 patah perkataan tu pun dah boleh buat mama rasa bersalah. 😊



Okey la sebagai memenuhi permintaan mama buatkan Chocolate Chips Muffin ni . Sebab utama pilih resipi ini kerana tak perlu nak keluarkan mixer. Hanya guna hand whisk sahaja. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya pun mudah sahaja. Walaupun resipi ini mudah tapi insyaAllah rasanya sedap.

Oh ya sedap pada tekak akak dan anak-anak la kan. Lain orang lain standard sedapnya tu 😂.

Muffin yang akak buat ni akak sengaja tabur chia seed atasnya . Saje la nak nampak kelainan sikit. Kalau kalian nak cuba buat boleh sahaja biarkan bahagian atas muffin tu kosong atau nak tabur dengan chocolate chips pun okey juga. Kita yang buat "dia" ikut suka hati kita la nak hias macam mana kan. 😉


Chocolate Chips Muffins/Kapkek  
Sumber : IG @nurpian04

Dapat dlm 16 biji saiz M

225g tpg naik sendiri
115g gula halus
55ml minyak jagung
1 biji telur
150ml fresh milk
Secubit garam
1 sk essence vanilla
1/2 cawan choc chips atau lebih

Cara2
1.panaskan oven pd suhu 170 ° C - sedia kan tin muffin dan isi dgn paper liner.
2.guna hand whisk - pukui gula , minyak n telur hingga kembang ..masukkan fresh milk, essence vanilla dan kacau rata. 
3.Masukkan tepung dan kaup blk hingga sebati dan last sekali masukkan choc chips.
4.sudukan 3/4 penuh ke dlm paper liner... bakar selama 15 ke 20 minit atau hingga masak keperangan.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)