Roti sosej menggunakan resipi roti asas

Anamarza
2
Kebiasaannya kalau saya meroti , saya akan buat roti manis dan roti sosej sekali. Sebabnya ada anak-anak yang tak kisah makan kedua-dua jenis roti ni, dan ada pulak anak yang hanya makan roti manis dan kurang menggemari roti sosej.


Jenis tepung pulak, ikut keadaan, ada masa jika tiada stok tepung roti saya hanya menggunakan tepung gandum sahaja. Dari segi teksture atau hasilnya pula, pasti ada sedikit perbezaan antara roti yang dihasilkan menggunakan tepung roti dengan roti yang dihasilkan menggunakan tepung gandum. Pada saya even hanya menggunakan tepung gandum, roti tetap enak dan lembut untuk dimakan. Kekadang tu saya campur kedua-dua jenis tepung sekali, terutama bila kuantiti tepung roti yang ada kurang dari sukatan yang diperlukan.

Jangan ditanya bagaimana cara menguli yang sepatutnya untuk membuat roti ni ya, sebabnya saya memang serahkan pada bread maker sahaja bab uli menguli ni.  Apa yang saya tahu kalau guna bread maker kena masukkan cecair dahulu diikuti bahan kering yang lainnya, dan elok guna air sejuk. Jika menggunkan kudrat tangan sendiri kena aktifkan yis dahulu dengan mencampurkan yis bersama air suam dan gula. stepnya berbeza dengan cara menggunakan bread maker dimana perlu masukkan bahan kering dahulu diikut cecair. air/susu yang digunakan pulak perlu dimasukkan sedikit demi sedikit sampai mendapat doh yang tidak melekat ditanga.

Ok la tu serba sedikit cara saya membuat roti. Cara orang yang tak pernah ke kelas membuat roti la katakan. Memang ikut suka hati sahaja. So kalau korang teringin nak cuba buat roti sendiri boleh cuba resipi di bawah ni ya.

Roti Asas
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.


Nota Jejari : a keeper resepi tapi bila jumpa resipi lain tetap nak dicuba jugak lagi

Post a Comment

2Comments

  1. Su pernah share tak gambar breadmaker?
    Nak tengok plz.. TQ. ;)

    ReplyDelete
Post a Comment