Pavlova; si manis yang mengasyikkan

Anamarza
0
Dah agak lama tak buat Pavlova, sampaikan anak-anak dah berbunyi kata lama tak makan kuih yang ada buah kat atas dia tu. Tapi sebab Pavlova ni manis , mamanya ni agak kemalasan sedikit nak membuatnya. Ya la kan makanan manis camni tak elok kerap dimakan. Even dah dikurangkan sukatan gulanya, rasa manis tu tetap ada. Nasib la ada buah yang masam-masam manis sebagai pengimbang rasa.


Tapi ada pulak anak yang tak suka nak makan dengan topping dan buah. Lebih suka makan base pavlova tu sahaja, sedap katanya, rangup diluar lembut didalam. Macam-macam la ragam anak-anak ni, budak-budak la katakan. Yang manis-manis tu la yang diaorang suka kan.

Lagi budak-budak ni suka kalau dibuatkan Pavlova mini. Mudah nak diambil dan dimakan!

Kalau yang bersaiz besar tu, agak cerewet . Even untuk membuatnya lebih mudah buat yang bersaiz besar tapi untuk dimakan Pavlova besar ni cerewet sedikit sebab perlu dipotong jika ingin memakannya.


Disebabkan dah terbiasa buat pavlova mini, sesekali bakar pavlova bersaiz besar terasa kekok jugak. Tak pa la, bila dah kerap membuatnya nanti, InsyaAllah hasilnya akan lebih elok lagi. Harapnya la!

Untuk kali ni saya masih menggunakan resipi yang sama seperti di bawah;

RESEPI PAVLOVA CK
Sumber : Cendana Kasih (Noorma)
Mini Pavlova CK AnnaQawina

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sdt esen vanila
1 sdt cuka makan
1/2 - 1 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  1. Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  2. Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar. 
  3. Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  4. Atur cup kertas pilihan, jika tidak menggunakan cup kertas, anda boleh juga membuat bentuk pavlova diatas kertas minyak macam biasa, saiz ikut suka ya.
  5. Paipkan dasar pavlova dahulu didalam cup anda @ atas loyang. Kemudian paipkan bentuk dinding pavlova ikut suka nak macamana ya.
  6. Panaskan oven selama 10 minit suhu 140'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 120'C selama 40 minit atau sehingga masak. Sentuh dan tekan sikit tengah2 pavlova tu, kalau jari tak tenggelam dan melekit tandanya dah masak lah tu.*Jangan tekan kuat2 lak, mau retak itu pavlova..huhu
  7. Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka. *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  8. Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.

KRIM PAVLOVA
200ml freshcream jenama VIVO, dipukul kaku dan boleh digunakan

Nota Jejari : Asyik letak buah yang sama je, lain kali kena tukar letak buah lain pulak la

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)