Pau Gebu dan lembut
Sebelum ni pernah kongsi resipi pau lembut di entry " Pau Lembut ", tapi yang tu menggunakan resipi lain dari resipi yang saya nak kongsikan di entry ni. Kedua-dua resipi menghasilkan pau yang lembut dan gebu cuma yang membezakan bahan dan kuantiti setiap bahan yang digunakan. Jika resipi sebelum ni ada penggunaan shortening dan saya gantikan bahan tersebut dengan hanya menggunakan minyak, untuk resipi kali ni , minyak sememangnya antara bahan yang digunakan dalam resipi asal.
Cuma jangan terkejut resipi kali ni bahan-bahannya dalam kuantiti yang agak banyak. Jika ragu-ragu boleh sahaja membuat separuh dari adunan di bawah ni ya. Saya pun mencuba dengan mengadun separuh sahaja dari resipi asal. Kalau banyak-banyak nanti tak termakan pulak. Tapi kalau kalian rajin untuk buat pau frozen, bolehla bancuh mengikut resipi yang diberi kan tu.
Cam saya bukan tak nak buat frozen tapi kemalasan untuk membentuk doh yang banyak, itu aje. Kalau nak diikutkan kalau buat frozen ni lebih mudah dan menjimatkan. Maksud saya menjimatkan masa menguli dan jimat tenaga elektrik, sebabnya tugas menguli tu saya serahkan pada bread maker sahaja. So even masukkan 1kg tepung atau 500gm tepung tempuh uliannya sama sahaja, yang membezakan masa yang diambil untuk membentuk doh dari adunan tepung 1kg dan 500gm.
Ok la dibawah ni resipi yang saya gunakan untuk pau gebu dan lembut kali ni ya;
Pau Gebu
Sumber : FB
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum - saya guna tepung pau
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
2 1/4 cawan air
1 pek yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur
Inti pilihan - guna kaya
Cara membuatnya

- Ayak tepung bersama baking powder- ketepikan
- satukan yis, gula dan 1 cawan air ( dari sukatan 2 1/4 cawan air tadi) - biarkan berbuih
- campurkan garam, minyak masak, susu pekat dan telur - sebatikan
- campurkan garam, minyak, susu pekat dan telur di tuang ke atas campuran tepung - gaul sebati
- Masukkan pula campuran yis, gula dan air tadi ke dalam adunan tepung- uli sebati
- tuangkan sedikit-sedikit baki air ( dari sukatan 2 1/4 cawan air tadi) ke dalam adunan tepung sehingga adunan menjadi doh yang tidak melekat ditangan ( Note : tuangkan air sedikit-sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh yang sesuai )
- ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan kemudian masukkan inti pilihan, dan bentukkan/kemaskan sehingga inti ditutup sepenuhnya.
- Biarkan doh naik sekali ganda
- Kukus 7 - 10 minit ( Note : Balut penutup kukusan untuk mengelakkan air menitis ke pau )
Nota Jejari : Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment