Donut Gebu; penambahan penggunaan baking powder

Dah bermacam-macam resipi donut yang dicuba. Kebanyakannya saya dah kongsikan di blog ni. Ada juga percubaan menggunakan resipi lain yang tak sempat nak dikongsi atas sebab terlupa nak ambil gambar, gara-gara anak-anak dah tak sabar-sabar nak makan.

Sampaikan dah tak tahu mana satu resipi yang disukai, rasanya setiap resipi tu tak mengecewakan dari segi hasil dan kegebuannya. Pada saya setiap resipi ada keunikannya yang tersendiri. Seperti resipi donut yang saya nak kongsikan kali ni.


Untuk resipi kali ni kelainanan resipi ni terletak pada penggunaan bahan tambahan iaitu double action baking powder. Selalunya dalam resipi pau biasa la saya jumpa resipi yang menggunakan baking powder, untuk donut ni la pertama kali saya mencuba resipi yang ada penggunaan bahan tersebut. Seperti juga pau, donut yang ada penggunaan baking powder ni juga mampu menambahkan kegebuan donut yang terhasil.


Ok la untuk resipi donut kali ni , bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah ya. Cara dibawah ni untuk ulian menggunakan kudrat sendiri atau bahasa mudahnya uli dengan tangan sendiri. Ikut cara saya, masukkan sahaja semua bahan ke dalam bread maker mengikut urutan yang sepatutnya. Dah ada alat yang memudahkan kerje guna je la kan.


Donut Gebu ( dengan penambahan penggunaan double action baking powder )
Sumber : Blog Resipi Kehidupanku

Bahan-bahan
  • 500gm tepung gandum
  • 11gm yis kering
  • 20gm susu tepung
  • 1biji telur
  • 15gm gula aising
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
  • 1sk double action baking powder

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega.
  2. Uli hingga menjadi doh.
  3. Masukkan marjerin dan uli lagi hingga licin @ elastik
  4. Keluarkan doh, canai dan terapkan dengan acuan donut.
  5. Perap donut hingga naik 2x kali ganda @ ringan.
  6. Goreng donut dengan api perlahan..balik2 kan hingga kekuningan.
  7. Angkat dan salut dengan gula kastor @ celup coklat.

Nota Jejari : Suka makan donut

Comments

Popular Posts