Mee / Mi Kuning (Homemade)

Anamarza
3
Actually bila rajin je buat mee kuning sendiri. Bila tak rajin beli jugak mee kuning kat pasar tani, buatan orang tempatan kira macam mee kuning homemade jugak. Selalunya saya buat mee kuning untuk sekali masak je. Itu pun dengan penggunaan 250gram tepung boleh dapat lebih dari setengah kilo mee kuning. Berbaloi kan.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, tak renyah tak letih ke buat sendiri?

Pada saya setakat mengadun 250gram tepung tu tak susah dan tak meletihkan pun. Even nak memesinnya pun tak ambil masa yang lama. Ala setakat nak makan sendiri untuk sekali masak kan. Even kalau buat 500gram tepung pun tak jadi hal la, melainkan kalau buat 1kg tepung , rasanya perlukan assistant la kot nak mempercepatkan dan melicinkan proses membuatnya.

ok la kat bawah ni 3 resipi yang saya dah cuba. Ketiga-tiga resipi dibawah ni tak menggunakan air kapur. Mungkin akan datang nak cuba letak air kapur sedikit. Kebiasaanya saya memang tak letak sebarang pewarna, so sebab tu la kalau tengok hasil mee kuning saya agak pucat sedikit.



Resipi 1
Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
 500gm tepung gandum
1 biji telur
Air (  1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml )

Campur semua bahan, uli sedikit kemudian boleh dimesin menggunakan mesin membuat mee kuning.


Resipi 2
Bahan untuk mee telur
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Setengah sudu teh garam
Setengah sudu teh gula

Cara2 nya
1. Jerang seperiuk air dengan setengah cawan minyak kelapa hingga mendidih.
2.  Gaul telur dengan garam dan gula
3.  Masukkan telur kedalàm  tepung, uli hingga sebati
4. Dengan menggunakan mesin pasta. Mula ratakan dan nipiskan doh baru dimesin untuk dapatkan bentuk mee.
5. Setelah siap dimesin bolehlah celur didalam air mendidih yang telah diisikan minyak yang telah disediakan terlebih dahulu.
6. Setelah mee timbul, angkat dan to skan, apabila sejuk gaulkan lagi dengan 2 sudu makan minyak masak. Dah pun siap.


Resipi 3
Bahan-bahan ( 600gram mee )
250gm tepung gandum
1 biji telur
Air (  1 biji telur + air = 110ml )

Campur semua bahan, uli sedikit kemudian boleh dimesin menggunakan mesin membuat mee kuning.


Nota Jejari : Selalunya guna resipi no. 3 

Post a Comment

3Comments

  1. ⭐💯💯💯⭐
    💯⭐💯💯⭐
    ⭐⭐💯💯⭐
    ⭐⭐💯💯⭐
    ⭐⭐💯💯⭐
    ⭐⭐💯💯⭐
    ⭐⭐⭐⭐⭐
    ⭐💯💯💯⭐
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    ⭐💯💯💯⭐
    ⭐⭐⭐⭐⭐
    ⭐💯💯💯⭐
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    💯💯⭐💯💯
    ⭐💯💯💯⭐

    ReplyDelete
  2. Assalam..boleh saya dapatkn num contact untuk pertanyaan atau bekerjasama utk kursus, ni num saya 013-3089130 Nizam

    ReplyDelete
Post a Comment