Nama apa kuih ni ya?

Anamarza
1
Kekadang konfius dengan nama kuih-kuih tradisional ni. Contohnya kuih dibawah ni, kat tempat korang kuih camni korang sebut kuih apa ya?

kuih melaka dalam santan
Kuih melaka? Badak berendam ?

Kalau saya mudah je saya sebut kuih bulat-bulat inti kelapa je, sebab ada satu versi lagi tu intinya menggunakan gula kabung. Style yang sama cuma intinya sahaja yang berbeza.

Kuih ni lebih kurang dengan kuih melaka la jugak kan?

Dari segi bahan yang digunakan untuk adunan tepung tu rasanya sama je dengan Kuih Melaka,  Cuma yang membezakan cara di masak dan penggunaan santan instead of kelapa parut. Kuih camni pun ada dua versi jugak cara memasaknya, satu cara ianya di rebus seperti kuih melaka then baru dimasukkan ke dalam santan ( yang telah dimasak) . Satu versi lagi seperti versi yang saya buat ni, adunan yang telah diletakkan inti di susun ke dalam dulang/ bekas kemudian dikukus sebentar. Setelah agak masak baru diletakkan santan dan dikukus semula sehingga santan masak.

Kuih camni antara kuih kesukaan anak sulung saya. Tapi dia lebih prefer kuih yang berintikan gula kabung dari kuih berintikan kelapa.

Korang pulak suka versi yang mana satu?

Nota Jejari :  suka buat kuih ni sbab ianya antara kuih tradisional yang mudah untuk dibuat 

Post a Comment

1Comments

Post a Comment