1 adunan 2 jenis roti

Anamarza
0
Bukan setakat 2 jenis, jika mahu dari satu adunan roti macam-macam bentuk dan jenis roti yang kita boleh buat kan. letak je la filling atau inti ke, letak sosej ke, buat pelbagai corak ke , nanti boleh la ubah nama roti tu .

Cam roti kat bawah ni, asalnya resipi untuk bun biasa je, sebab nak kan variasi, satu saya just tabur gula maka jadilah bun manis dan satu lagi buat Roti Sarang Lebah.

roti manis sarang lebah

Sebut tentang 1 adunan roti boleh dibuat bermacam jenis dan bentuk roti, teringat satu video yang dishare di facebook . Video luar negara tentang bagaimana membentuk roti dengan pelbagai bentuk. Nampak menarik dan terasa macam mudahnya nak bentuk roti sebagaimana yang dibuat. Tapi bila nak buat sendiri terasa terkial2 jugak, last2 bun cam diatas ni jugak la yang menjadi pilihan.

Ok la untuk adunan roti ni saya menggunakan resipi di bawah ni.

1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.



Nota Jejari : Satu kenikmatan dapat makan roti hasil air tangan sendiri....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)