Sup Makaroni bersama Sambal Kicap Pedas

Anamarza
0
Dah agak lama tak buat sup makaroni. Biasanya bila cik suami yang request baru la rajin nak masak. Bukan apa.... bila dia yang request means memang dia nak makan , bila dia yang beria nak makan so berbaloi la buat sebab dia akan makan banyak. Boleh gitu ?


Pada saya tak kira la bihun sup ke makaroni sup ke mahupun mee sup penyedapnya ialah sambal kicap pedas. Tul tak ?

Kalau tak de sambal kicap pedas tu rasa kurang lengkap. Tu pada saya la, tekak orang lain mungkin berbeza. Cam budak-budak ni la diaorang tak suka pedas so, sup makaroni diaorang cuma letak kicap manis je.

Sebelum ni dah pernah kongsi resipi sup makaroni ni. Tapi tak pa, saya post sekali lagi resipi sup makaroni tuk rujukan sesiapa yang teringin nak cuba buat. Resipi ni pun resipi orang lain saya cuma perpanjangkan nya sahaja. Semoga pemilik asal resipi ni dilimpahi rezeki yang melimpah ruah atas keikhlasan dia berkongsi ilmu.

Sup Makaroni
Sumber : Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan
~ Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral ~ guna yang spiral; jugak
~ 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
~ 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil [pakai lada hitam serbuk je, sbb tak de yg biji]
~ bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging [ganti dengan isi ayam]
~ 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
~ 2ltr air/ secukupnya
~ segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letaks
~ ayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan (tak letak)
~ ikan bilis kecil/halus - digoreng
~ daun sup/bawang - dihiris
~ bawang goreng
~ Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
  - Segengam cili padigaram
  - 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
 ** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan
1) Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
2) Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
3) Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
4) masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
5) Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)


Nota Jejari : sedapnya makan time sup masih panas dikala hujan lebat

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)