Kek Kukus Sunquick

Anamarza
2
Dah selalu jugak guna sunquick untuk letak dalam kek. Terutama bila kehabisan esen vanilla tapi ikut jenis kek jugak yang sesuai diletak. Kekadang bila teringin kek rasa oren sikit sunquick ni la yang jadi mangsanya. Ya la bukan selalu ada stok buah oren kat rumah ni. Tapi kek sunquick tak boleh lawan kek yang menggunakan buah oren sebenar la kan.


Kali ni untuk kek kukus sunquick ni untuk satu adunan tu saya buat 2 versi. Satu versi kek dan satu lagi versi cupcakes.


Adunan ni nampak pucat sikit sebab memang tak letak pewarna. Cuma untuk versi kek tu sahaja saya tambahkan sedikit pewarna oren untuk effect swirl yang tak berapa nak swirl tu.

Rujukan resipi seperti dibawah :

Kek Sunquick Kukus
Sumber : FB Sabrina Khan.

Bahan - bahan :
1 Cawan Tepung naik sendiri
3 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh ovallet
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu makan sunquick oren
sedikit pewarna kuning
sedikit kismis ( jika suka )

Cara - cara membuatnya :
1. Putar telur , gula , ovallet dan esen vanilla hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan sunquick dan putar lagi
3. Masukkan tepung dan baking powder. Kaup balik sahaja.
4. Masukkan kedalam acuan atau papercup.
5. Taburkan kismis diatas adunan jika suka.
6. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak



Nota Jejari : masih gagal mengukus kek (-_-)

Post a Comment

2Comments

  1. salam sis..nak tanya..sis ada guna mentega @minyak jagung dlm reaipi kek ni sbb saya tgk xde mentega la..mgkn saya yg silap @ sis lupa nak letak..hehe.maaf ye sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tiada penggunaan mentega @ minyak jagung, actually ianya lebih mirip apam

      Delete
Post a Comment