Belajar jadi agen dropship

Anamarza
0
Apa itu Dropship?
Bagaimana konsep Dropship ni berjalan?
Darimana nak bermula ?
Apa yang perlu dibuat oleh agen dropship?
Berapa peratus komisen yang boleh "saya" dapat sebagai agen dropship ?
Bagaimana jika barang yang dihantar oleh pembekal tak sampai kepada pembeli ?

Seribu satu persoalan bermain dalam fikiran "saya" masa mula-mula nak join sebagai agen dropship pada awal tahun 2012 dahulu.


Mula-mula memang takut nak join. Sebabnya masa tu konsep dropship ni masih baru lagi. Tapi kuatkan semangat join jugak even dalam kepala masa tu masih samar-samar lagi bagaimana perjalanan sistem dropship ni.

Alhamdulillah,perjalanan sebagai agen dropship berjalan lancar. Cuma terhenti dek kerana owner kedai online tu stop beroperasi sementara atas beberapa faktor. Kebetulan pulak saya dah start jadi stokis satu produk lain.

Berdasarkan pengalaman saya, "YA" kita mampu jana pendapatan melalui konsep dropshipping ni. Apa yang penting:

  • Kena Rajin promosi barang
  • Pilih Dropshipper yang benar-benar boleh dipercayai
  • Line internet kena ok . Kalau tidak agak sukar untuk berurusan dengan pembeli dan dropshipper. Kebanyakan berurusan melalui FB, Whatsapp , email dan sebagainya.
  • At least nak kena ada phone yang boleh berwhatsapp. sebab ada pembeli yang selesa berhubung melalui whatsapp dan dropshipper juga mudah memberi respond kpd agen2 bawahannya melalui group whatsapp.
Sekarang saya kembali menjadi agen dropship selepas lama berhenti . Dulu stop jadi agen dropship dan berehat dari jadi stokis atas faktor line internet yang macam chipsmore. Sekarang bila internet dah ok rasa sayang pulak tak gunakan sepenuhnya internet yang ada tu kan. Dari sesaje duk goyang kaki kat rumah, dari sesaje surf internet , layan FB gitu aje baik la buat sesuatu yang mendatangkan hasilkan. Nak membaking pun tak lepas lagi, ada anak kecil yang terlebih manja ni tak dapat la nak duk bertapa buat kek macam sebelum bersalin dulu.

So ,kalau tetiba ada promosi barang kat blog ni , fefaham aje la ya. Maknanya tu ada la barang yang nak dipromosikan dan yang nak diiklankan. Tapi tak semua produk tu saya promosikan sebagai agen dropship, ada juga produk yang saya iklankan tu produk affiliate atau memang ada owner onlineshop yang nak beriklan di blog ni ( Produk review).

Jana pendapatan tanpa modal sebagai agen dropship dan terokai TEKNIK menjadi master dropship hanya dalam masa 30 hari ?
Master Dropship Dalam 30 Hari << klik untuk maklumat lanjut

Nota Jejari : Akan ada rezeki bagi yang berusaha!!!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)