Cara bersihkan Tilam

Anamarza
0
Sebelum saya kongsikan cara untuk bersihkan tilam, ada beberapa persoalan untuk korang fikirkan;

  1. Pernah ke korang bersihkan tilam korang?
  2. Bila kali terakhir korang bersihkan tilam korang tu?
  3. Bagaimana Cara Korang bersihkan tilam korang ?
  4. Agak-agaknya cara korang bersihkan tilam tu ok ke?
  5. Nak cuba cara lain bersihkan tilam tak ?

Zaman dulu-dulu kebiasaannya diaorang jemur tilam . Tilam dedulu kan nipis dan tak berat mana, so mudah la nak  dijemur. 

Zaman sekarang ni tilam berat dan tebalkan? 

Bukan masalah angkat je, tempat nak jemur pun jadi satu hal jugak kan?. 

Antara alternatif yang boleh dibuat ialah dengan cara :
  • Buka Tingkap dan biarkan tilam terdedah dengan cahaya matahari. pastikan alas / cadar telah dibuka terlebih dahulu, dan tilam juga telah disapu atau di vacum.
  • Jika bilik terlindung dari cahaya matahari boleh juga tilam di sembur dengan febreze atau yang seumpama dengannya. 
  • Guna baking soda + essential oil dibawah ;

Caranya :
  1. 1 cawan baking soda diletakkan dalam botol atau sebarang bekas yang berpenutup
  2. titiskan 4 hingga 5 titisan essential oil ke dalam bekas berisi baking soda tadi
  3. tutup bekas mengandungi baking soda + essential oil kemudian goncang agar keduanya sebati.
  4. pastikan cadar telah dibuka dan bantal diletak ke tempat lain. Kipas juga pastikan ditutup suisnya.
  5. tuang baking soda + essential oil tadi ke dalam penapis dan tapiskan ke keseluruhan permukaan tilam.
  6. Biarkan sejam atau lebih .
  7. Vacum tilam . 
  8. Buat langkah yang sama untuk permukaan tilam yang sebelah lagi.
Dengan cara ni tilam bukan sahaja bersih tapi juga tilam akan berbau segar dan wangi.


Nota Jejari : Cuba lah!!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)