Kek Red Velvet Cheese Leleh

Anamarza
0
Macam-macam jenis kek boleh dijadikan kek cheese leleh kan?

Salah satunya kek span ( pelbagai rasa /perisa kek span boleh dibuat - kek span coklat , strawberry , pandan , vanilla dan lain-lain ) seperti di entry "Terjebak dengan fenomena kek cheese leleh" yang mana saya buat kek cheese leleh menggunakan gabungan kek span pandan dan strawberry.

Kali ni pulak try buat kek cheese leleh menggunakan kek Red Velvet / baldu Merah pulak.


Untuk base kek tu korang boleh guna mana-mana resipi kek red velvet yang korang suka. atau boleh juga try resipi yang saya dah cuba samaada resipi :

  1. Resipi 1 : Perkongsian di entry " RVCC untuk memujuk anak meragam "
  2. Resipi 2 : Perkongsian di entry " Si Baldu Merah ( Red Velvet Cake - RVC) "
  3. Resipi 3 : Perkongsian di entry " Moist Red Velvet Cake "
  4. Resipi 4 : Perkongsian di entry " Red Velvet Resipi yang tah keberapa kali dicuba "
Untuk kek yang dalam gambar di atas dan di bawah ni saya menggunakan Resipi no. 3 iaitu Moist Red Velvet Cake .


Untuk Topping Cheese lelah saya masih menggunakan resipi yang sama seperti perkongsian di entry  "Terjebak dengan fenomena kek cheese leleh" resipi seperti dibawah:

Bahan-bahan Untuk Krim Cheese leleh :
  • 250g cream cheese 
  • 200g susu pekat
  • 100g Whip cream 
  • 50g susu segar

Cara membuatnya:
1. Putar Krim Cheese .
2. Masukkan bahan-bahan lain putar sebati.

Deco :

125g cheddar cheese - diparut


Nota Jejari : Selamat mencubaaaa !!!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)