Red Velvet Resipi yang tah keberapa kali dicuba

Anamarza
0
Resipi Red Velvet lagi...

Kali ni cuba resipi yang menggunakan susu cair / susu sejat pulak. Bahan-bahan lain lebih kurang sama sahaja dengan resipi yang pernah dikongsi di blog ni. Beza pun dari segi kuntiti bahan sahaja.

Rasa dan hasil kek ini juga sedap. Ikut korang la kan nak guna resipi yang mana satu. Pendapat saya try sebanyak mana resipi yang korang nak , nanti korang tahu la yang mana satu sedap di tekak korang. Lain orang lain citarasanya kan....Ada yang suka kek moist dan ada juga yang berkenan dengan kek gebu kan...


Kali ni buat red velvet sempena besday anak yang nombor tiga pulak. Last besday kek sebelum bersalin hari tu. Dah lama jugak sebenarnya buat kek ni. pertengahan bulan 3 hari tu dah. Kiranya dah 2 bulan lepas dah pun. Means dah 2 bulan jugak la tak makan kek baldu merah. Harus dibuat sebelum puasa tuk layan tekak sendiri kan...

Ok la pada yang nak cuba resipi seperti dibawah..

Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap (dan gebus gebas!!)
Sumber : Dzu Liza dan PurpleUngu

Bahan A - Satukan dalam satu bekas dan ketepikan
240 ml susu cair/susu sejat
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder

Bahan C
150 gm mentega (lembutkan)
280 gm gula castor (SK letak 250 gm sahaja)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred C (SK guna gred B)

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. SK guna loyang 8"
  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak. SK bakar 50 minit.





Nota Jejari : Selamat mencuba....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)