20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan

Anamarza
2
Perkongsian maklumat lagi...

Kali ni nak berkongsi maklumat berkaitan hal ubat-ubatan pulak.

Mesti korang pernah terjumpa iklan ubat-ubatan yang claim produk mereka boleh rawat sekian-sekian penyakit kan? kekadang tu satu ubat boleh rawat pelbagai penyakit. Dah macam ubat ajaib pulak. Contoh seperti di bawah:


See...

Satu ubat boleh mengubati 1001 jenis penyakit?

Boleh percaya tak???

Ok la buat makluman korang, kementerian kesihatan dah gariskan beberapa panduan berkaitan pengiklanan ubat-ubatan ni. Antaranya ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan.


Antara penyakit tersebut ialah :

  1. Penyakit / Kerosakan buah pinggang
  2. Penyakit / Kerosakan Jantung
  3. Kencing Manis
  4. Sawan
  5. Lumpuh
  6. Batuk Kering
  7. Asma / Lelah
  8. Kusta
  9. barah
  10. Pekak
  11. Ketagihan Dadah
  12. Hernia
  13. Penyakit Mata
  14. Tekanan Darah Tinggi
  15. Sakit mental
  16. Kemandulan
  17. Frigiditi
  18. Lemah Fungsi / Impotent
  19. Penyakit Venerus
  20. Kelemahan Urat Saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks

Jika korang rasa was-was dengan sesuatu ubat atau  inginkan kepastian akan kandungan produk tersebut atau hal berkaitan pendaftaran produk dengan KKM korang boleh terus berhubung dengan :
  • Pusat panggilan farmasi kebangsaan  1800 88 6722
  • Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ( Jika produk tersebut dikatakan produk supplement / makanan tambahan bukan ubata-ubatan ) 03 8883 3888 , 03-88833558 / 03-88850797
  • JAKIM ( Jika ragu-ragu akan kehalalan atau logo halal sesuatu produk ) hubungi bahagian hab halal 03-8892 5000/5097.



Nota Jejari : Sharing is caring....
Tags

Post a Comment

2Comments

  1. Sy pn ada mnggunakn krim intense energie.pula tu da lme sy gunakn utk satu family.nmpknya sy pn trtipu dgn produk ni.patutla suami sy brtmbh sakit n kdg2 sesk nafas.memg kena buat sesuatu agr mereka yg xbrtnggujwb xmlakukn dgn seweng2nya.pulk tu yg promote produk ni adalh antara artis n pengubh lagu

    ReplyDelete
  2. Iklan sebegini memang kerap nampak.Melalui offline pun pernah tengok jugak. Memang bahaya jugak ni...

    ReplyDelete
Post a Comment