Awas! Ubat Perangsang Seks dicemari racun berbahaya

Untuk makluman 4 produk dibawah telah  disahkan oleh FDA mengandungi bahan
aktif perangsang seks.

i. Vimax mengandungi tadalafil

ii. Tiger King mengandungi sildenafil

iii. SexRx mengandungi sildenafil and tadalafil

iv. JINQIANGBUDOR Red Dragon mengandungi sildenafil


Kenapa anda perlu tahu dan perlu ambil tahu?

Mungkin bukan anda yang menagmbil produk-produk tersebut, tapi ada orang sekeliling anda mungkin pasangan anda mungkin kawan-kawan dan kenalan anda mungkin saudara-mara anda atau mungkin sesiapa sahaja yang korang tahu ada mengambil atau membeli produk terbabit. Jika anda tahu ada orang yang anda kenali mengambil, membeli atau berhajat ingin mencuba salah satu dari 4 produk diatas, sila la informkan kepada mereka akan bahaya produk-produk tersebut ya.

Disebabkan zaman sekarang ni penjualan produk kesihatan melalui internet semakin menjadi trend , sebagai pengguna kita perlu berhati-hati, kebanyakkan produk-produk peransang seks yang ditawarkan dan diwar-warkan sebagai selamat dan dibuat dari bahan-bahan semula jadi mungkin dicemari dengan racun-racun yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Sebagai peringatan.... di negara kita, Malaysia ubat-ubat yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti ini hanya boleh diperolehi dengan preskripsi pengamal perubatan. Semua produk kesihatan yang dikelaskan sebagai ubat, ubat tradisional dan makanan suplemen perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Status sesuatu produk boleh disemak melalui laman sesawang  www.bpfk.gov.my , www.pharmacy.gov.my atau boleh pindah turun myhealth dari Play Store bagi telefon bimbit yang menggunakan android.

sumber : FB Page Jom Kenal Ubat

Nota Jejari : Always beringat dan berhati-hati dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan sesuatu produk dari sumber yang boleh dipercayai

Comments

Popular Posts