Homemade inti coklat

Anamarza
3
Buat penggemar coklat mungkin korang boleh cuba buat inti coklat guna resipi yang ni pulak. Boleh la nak letak sebagai inti pau ke, nak letak dalam roti ke atau apa sahaja kuih yang memerlukan inti. Pasti ada kelainannya.

Pada saya inti ni ada kelainan dari segi rasa, mungkin faktor penggunaan coklat masakan ( saya ganti dengan compound dark chocolate) menjadikan rasanya lebih rasa coklat. Tak caya try la buat resipi kat bawah ni ya :

KRIM COKLAT
by: Kak Yani

Bahan - bahan :
  • 40 gm coklat masakan
  • 300 gm susu segar
  • 40 gm gula
  • 30 gm tepung jagung
  • 12 gm mentega
  • 18 gm serbuk koko

Cara membuatnya
  1. Campurkan susu segar, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung jagung tidak berketul. 
  2. Masak atas api sederhana sambil di kacau sekejap 
  3. Kemudian masukkan coklat yang dipotong bersama gula. 
  4. Kacau sehingga pekat dan licin. 
  5. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati.
  6. Sejukkan dan sedia digunakan.





Nota Jejari : Buat sendiri inti coklat ni lebih puas hati, kita tahu apa bahan yang digunakan...

Post a Comment

3Comments

Post a Comment