FRUIT PASTRY CAKE.. sedap ada rasa masam manis sikit

Anamarza
0
Dah lama buat, awal cuti sekolah ari tu lagi. Buat pun sebab nak habiskan stok telur dan buah. Ya la kan nak balik bercuti dikampung pastu ada perancangan cuti-cuti sekolah pastu balik kampung sebelah suami pulak, pendek kata singgah rumah sendiri sekadar jenguk sekejapan je, harus la menghabiskan segala stok bahan mentah yang tak boleh disimpan lama.

Kek ni pun sekadar guna buah apa yang ada dalam peti je ( epal masam , strawberry dan kiwi ), seberapa banyak buah yang ada, sebanyak tu la juga yang dilambakkan atas kek ni. Walau kuantiti buahnya tak banyak misi mencuba kek 'Fruit Pastry Cake' ni kena la diteruskan juga sebab memang dah niat nak cuba kan.

Siap letak dalam bekas untuk dibawa balik ke kampung

Sedap dengan rasa dan aroma buah segar , rasa manis dan masam bersatu dalam setiap kunyahan. Cuma anak - anak kurang berminat dengan kek sebegini mungkin faktor buah yang diletakkan, sebab ada yang tak suka dengan buah kiwi.

Okey la pada yang teringin mencuba , resipi seperti dibawah :

Fruit Pastry Cake
Sumber : Gert
Sumber disalin dari : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients :

113g/1 stick butter, at room temperature

1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm

50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain

1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila

Pinch of salt

1 teaspoon orange zest

3 large eggs, at room temperature

210g plain flour

1 teaspoon baking powder

500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)


* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar

* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)

* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.

* Add eggs one at a time and beat well.

* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined

* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top

* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.

* Cool and serve

*Selepas 40 minit proses membakar, K.Nor letak sekeping aluminium foil atas kek (letak gitu jer) utk mengelakkan permukaan atas kek jd hangus dan teruskan proses membakar sehingga kek masak.


Nota Jejari : selamat mencuba

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)